web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Hadir Mesyuarat Khas ASEAN Di Jakarta Hari Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 1:27PM

Polis meletakkan pengadang di luar venue di mana Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN diadakan di Jakarta. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA, 24 April (Bernama) -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Jakarta hari ini untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar.

Muhyiddin yang menaiki pesawat khas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, di Jakarta pada 8 pagi (waktu tempatan).

Ketibaan beliau disambut oleh Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN Kamsiah Kamaruddin dan Ketua Direktur Protokol dan Konsular Kementerian Luar Indonesia/Ketua Protokol Negara Andy Rachmianto.

Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN yang diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta ini akan membincangkan krisis di Myanmar dan akan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat ketika pandemik COVID-19 masih menular.

Justeru, penyertaan perserta dalam mesyuarat itu akan dihadkan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Sekretariat ASEAN, Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN itu akan mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia.

Rancangan untuk mengadakan mesyuarat khas ASEAN bagi membincangkan krisis di Myanmar itu telah berlangsung sejak beberapa minggu, diketuai oleh Indonesia dan Menteri Luarnnya Retno Marsudi.

Desakan politik Indonesia ini turut mendapat sokongan Malaysia, Brunei, dan Singapura.

Myanmar dilanda pergolakan politik sejak Jeneral Tentera Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi pada 1 Feb lepas yang menyaksikan 700 penunjuk perasaan antirampasan kuasa terbunuh.

Sementara itu, Menteri Luar Indonesia dilaporkan berkata hanya pemimpin dari Thailand, Laos dan Filipina tidak akan menghadiri mesyuarat khas itu hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar