web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Didakwa Hina Raja Permaisuri Agong, Fahmi Reza Direman Lagi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 1:06PM

Penyokong Fahmi Reza berkumpul di balai polis Dang Wangi hari ini, selepas Fahmi ditahan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Artis grafik kontroversi, Fahmi Reza direman selama sehari susulan hantaran berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata,  perintah reman itu diperoleh pihaknya hari ini untuk membolehkan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dijalankan.

"Majistret telah membenarkan reman sehari  ke atas Fahmi Reza," katanya kepada media hari ini.

Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan di sebuah lokasi di ibu negara, semalam, oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Penahanan pereka grafik itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima berkaitan hantaran dibuat suspek menggunakan akaun Facebook Fahmi Reza, yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong.

Hantaran itu mengandungi sekeping gambar baginda berserta kapsyen berbunyi 'This is dengki ke?".

Sementara itu, Fahmi Reza yang kini direman sempat mengeluarkan kenyataan menerusi peguamnya, Rajsurian Pillai.

"Dalam negara di mana seorang pereka grafik disensor, ditangkap dan dilokap untuk karya seninya adalah amat penting untuk ekspresi kreatif ini - parodi dan satira sebagai satu bentuk protes - teras diamalkan dan terus dipertahankan," tulisnya di atas sekeping kertas berserta tanda tangannya.

Beberapa hari lalu, Fahmi dikatakan terbabit dalam penyiaran gambar wajah Raja Permasuri Agong dengan kapsyen bertulis “Dengki ke” di platform media sosial miliknya termasuk Facebook dan Twitter. - Getaran, 24 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad