web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukar Percaya Ramai Terlibat, Anggota APM Kongsi Kisah Sedih Operasi SAR

Semasa · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 7:11AM

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyambung misi mencari dan menyelamat ketika tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Batang Kali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Pada mulanya, sukar untuk Mohd Firdaus Abd Samad mempercayai laporan awal yang diterimanya mengatakan hampir 100 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm,  Gohtong Jaya, di sini kerana jumlahnya terlalu besar.

Itulah reaksi awal Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Selangor itu ketika ditanya pengalamannya sebagai seorang daripada anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden malang berkenaan.

"Semasa bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Selangor Jumaat lepas, kami terima panggilan dari MERS 999 mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.30 pagi. Saya terus menghubungi balai bomba untuk buat pengesahan kerana tidak percaya mangsa yang terlibat mencecah 100 orang.

“Setelah terima pengesahan dari pihak berkuasa termasuk polis, saya bersama Pegawai APM Hilmi Husman dan lima anggota yang lain bergegas ke tempat kejadian," katanya.

Gambar Fail
Gambar Fail

Mohd Firdaus berkata setibanya di lokasi, selain kelibat pasukan keselamatan lain, situasi di lokasi kejadian sangat hiruk-pikuk dan menyedihkan dengan suara jeritan meminta bantuan daripada mangsa kedengaran hampir dari segenap arah. 

"Ketika pasukan penyelamat memulakan misi SAR, saya lihat beberapa orang mangsa bergerak keluar sendiri dari lokasi runtuhan ke arah yang lebih selamat. Ada di antara mereka menyalakan lampu suluh sebagai isyarat meminta bantuan," katanya.

Menurutnya, keadaan yang berselut mencecah paras lutut dan tanah yang licin menyukarkan pergerakan mereka memberi bantuan kepada mangsa, selain bimbang mungkin berlaku siri runtuhan susulan.

Keadaan yang berselut mencecah paras lutut dan tanah yang licin menyukarkan pergerakan mereka memberi bantuan kepada mangsa, selain bimbang mungkin berlaku siri runtuhan susulan - Gambar Fail
Keadaan yang berselut mencecah paras lutut dan tanah yang licin menyukarkan pergerakan mereka memberi bantuan kepada mangsa, selain bimbang mungkin berlaku siri runtuhan susulan - Gambar Fail

"Ada satu kejadian yang menyedihkan buat saya, seorang mangsa lelaki memberitahu kami isteri dan anaknya ada di dalam kereta mereka yang turut terkesan dengan runtuhan itu. Dia menjerit memberitahu supaya pasangannya terus menekan hon supaya mudah untuk kami mengesan kedudukannya.

“Dalam timbunan tanah dan kereta yang berselerakan, kami terus mencari arah hon kereta mangsa. Tidak lama selepas itu kami menemui kereta yang dimaksudkan lelaki berkenaan, dengan di dalamnya memang ada isteri dan anaknya.

"Dalam keadaan lemah, wanita itu meminta kami menyelamatkan anaknya terlebih dahulu. Ketika sudah berjaya mencapai si anak, saya segera memeluknya. Bagaimanapun, ketika itu, terdetik dalam fikiran saya bahawa kanak-kanak malang itu sebenarnya sudah meninggal dunia. Jelas dia pucat, sejuk dan tidak lagi bernadi," katanya. 

APM adalah antara lima agensi utama terlibat dalam misi SAR mangsa insiden tanah runtuh Batang Kali yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang kini memasuki hari ketiga - Gambar Fail
APM adalah antara lima agensi utama terlibat dalam misi SAR mangsa insiden tanah runtuh Batang Kali yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang kini memasuki hari ketiga - Gambar Fail

Firdaus berkata, dengan pengalaman selama 17 tahun di dalam APM yang mengajarnya menjadi profesional, beliau dan pasukannya kekal tenang mengeluarkan si anak diikuti isteri mangsa selepas itu.

APM adalah antara lima agensi utama terlibat dalam misi SAR mangsa insiden tanah runtuh Batang Kali yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang kini memasuki hari ketiga.

Setakat petang semalam, 24 mangsa disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat berdasarkan maklumat rasmi Polis Diraja Malaysia.

Tinjauan Bernama setakat jam 2 pagi tadi, keadaan lengang dengan hanya pergerakan keluar masuk kenderaan agensi penyelamat di Pos Kawasan Pusat Kejadian (PKTK). 

Operasi SAR ditamatkan pada pukul 4 pagi dan disambung semula 9 pagi nanti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Di Kampung Seberang Janggut, Penduduk Terputus Hubungan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad