web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Palo Alto: Pelaksanaan 5G Dipercepat Tingkatkan Kelemahan Keselamatan Awan, Serangan Siber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 7:51PM

Serangan berskala besar boleh datang dari mana-mana sahaja, termasuk daripada rangkaian pengendali itu sendiri. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan teknologi 5G yang dipercepatkan akan meningkatkan lagi kelemahan terutamanya dalam keselamatan awan, serangan berskala besar serta titik masukan terhadap serangan siber, menurut Palo Alto Networks. 

Ketua Pegawai Keselamatan Lapangan Palo Alto bagi Asia Pasifik dan Jepun, Ian Lim berkata prasarana penyampaian 5G moden dibina pada seni bina awan yang secara tidak langsung mendedahkan teras 5G kepada kelemahan keselamatan awan.

Beliau berkata serangan berskala besar boleh datang dari mana-mana sahaja, termasuk daripada rangkaian pengendali itu sendiri.

Inovasi 5G yang tidak pernah berlaku sebelum ini adalah sasaran utama bagi serangan perisian tebusan yang meluas serta boleh menyebabkan gangguan yang menelan belanja besar, dan dengan adanya kelajuan 5G, pelaku jahat akan mempunyai beberapa titik masukan untuk melancarkan serangan siber, katanya.

“Apabila penggunaan 5G meningkat dan pergerakan daripada infrastruktur teras berasaskan perkakasan di syarikat telekomunikasi beralih kepada lebih banyak infrastruktur berasaskan awan, kita akan mempunyai pengalaman pembelajaran untuk beralih kepada awan (yang) akan mewujudkan jurang untuk dieksploitasikan oleh penyerang ini.

“5G akan berlaku dan kelemahan 5G ini akan dieksploitasi. Kita berharap apabila kita menggunakan 5G, keselamatan siber akan menjadi keutamaan,” katanya ketika membentangkan ramalan keselamatan Asia Pasifik 2023 oleh Palo Alto Networks di sini hari ini.

Beliau berkata Palo Alto turut meramalkan bahawa jaminan kepada keselamatan sambungan peranti perubatan akan menjadi kritikal disebabkan kelaziman sistem yang diwarisi dan data sensitif yang menarik perhatian penjenayah siber untuk menjadikan penjagaan kesihatan sebagai sasaran mudah.

Ian berkata penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) semakin meningkat dan penilaian oleh Palo Alto baru-baru ini mendapati 75 peratus daripada pam infusi perubatan yang diimbas memiliki jurang keselamatan yang boleh diambil kesempatan oleh penyerang.

“Memperluas mandat jabatan keselamatan siber dengan menyertakan keselamatan IoT perubatan adalah diperlukan,” katanya.

Selain itu, Ian berkata antara perkara yang turut diramalkan ialah serangan rantaian bekalan awan yang akan mengganggu perniagaan dan peningkatan perdebatan mengenai kedaulatan data.

Mengenai ramalan ke atas metaverse, beliau berkata dengan anggaran US$54 bilion dibelanjakan untuk barangan maya pada setiap tahun, metaverse boleh mewujudkan lubuk jenayah baharu kepada penjenayah siber.

“Sifat mengasyikkan metaverse akan membuka peluang baharu untuk perniagaan dan pengguna kerana ia membolehkan pembeli dan penjual berhubung dengan cara baharu.

“Syarikat akan mengambil manfaat daripada pengalaman realiti bercampur untuk mempelbagaikan tawaran dan memenuhi keperluan pengguna dalam metaverse,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad