web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penggunaan Kamera Badan, KKM Harus Pastikan Terdapat Akauntabiliti Sepenuhnya - NGO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 9:00AM

Dr Zaliha (kiri) bercakap dengan seorang penguat kuasa KKM tentang kamera badan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa harus menangani kebimbangan orang ramai mengenai isu privasi yang mungkin timbul daripada langkah kementerian itu untuk memperkenalkan penggunaan teknologi kamera badan dalam kalangan pegawai penguat kuasanya.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, manfaat yang berpotensi diperoleh daripada inisiatif itu bergantung kepada bagaimana langkah tersebut dilaksanakan.

“Kebimbangan adalah mengenai privasi dan kemungkinan penyalahgunaan peranti sedemikian. Kementerian Kesihatan (KKM) harus memastikan terdapat akauntabiliti sepenuhnya.

“KKM harus memberi jaminan bahawa video yang dirakam oleh kamera badan disimpan dengan selamat daripada orang ramai, dan menegakkan undang-undang ‘tidak bersalah sehingga terbukti bersalah’,” katanya kepada The Vibes.

Tambahnya, tiada sesi penglibatan diadakan dengan MMA sebelum keputusan untuk menggunakan kamera badan dibuat dan beliau tidak mengetahui sebarang mesyuarat pihak berkepentingan akan datang mengenainya.

“Kami berharap lebih banyak butiran mengenai pelaksanaan yang dirancang dapat didedahkan dan perbincangan pihak berkepentingan yang sewajarnya diadakan sebelum kementerian meneruskan langkah ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang turut menggesa mesyuarat pihak berkepentingan untuk mendidik orang ramai dan pengamal penjagaan kesihatan tentang hak mereka, kuasa pegawai penguat kuasa dan peraturan lain yang berkaitan.

Beliau berkata, walaupun kebaikan menggunakan kamera badan mengatasi keburukan, KKM perlu memastikan ketelusan dipertahankan bagi mengelak hak awam terjejas.

“Selaras dengan pendirian kerajaan semasa mengenai ketelusan, kementerian harus mendedahkan prosedur operasi standard (SOP), dasar dan perundangan berkaitan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kamera badan yang tidak mengganggu hak mereka,” katanya.

Menurut beliau, kepercayaan terhadap inisiatif itu boleh dicapai jika KKM memberikan penjelasan mengenai beberapa perkara, termasuk siapa yang boleh mengakses rakaman tersebut serta bagaimana data itu akan disimpan dan dilindungi.

“Dalam kes pegawai penguat kuasa merosakkan harta benda semasa serbuan atau pendakwaan yang salah, adakah rakaman itu boleh digunakan orang ramai untuk tujuan pampasan?

“Apa yang berlaku kepada pegawai penguat kuasa atau orang awam yang cuba mewujudkan liabiliti, perangkap atau tindakan negatif lain untuk menyebarkan naratif yang tidak tepat?” soalnya.

Isnin lalu, Dr Zaliha mengucapkan tahniah kepada KKM, khususnya program kesihatan awam dan farmasi, kerana membantu memulakan penggunaan kamera badan semasa aktiviti penguatkuasaan.

Difahamkan, kamera badan itu akan digunakan untuk mengatasi “ancaman dan halangan” daripada orang ramai yang dilaporkan dihadapi oleh pegawai penguat kuasa KKM termasuk ugutan bunuh, serangan fizikal dan lisan dan tawaran rasuah.

Penggunaan kamera badan itu adalah bertujuan untuk memastikan terdapat bukti mencukupi untuk melindungi pegawai penguat kuasa daripada difitnah oleh sasaran pendakwaan mereka. - The Vibes, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 22 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad