web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tampung Kekurangan Bekalan, LKIM Sediakan Stok Ikan Beku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 2:56PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan meneruskan langkah menyediakan stok ikan sejuk beku bagi menampung permintaan pengguna sepanjang musim tengkujuh.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ketibaan musim tengkujuh bermakna pencarian nelayan turut terjejas, sekali gus memberi kesan kepada bekalan ikan tempatan.

Menurut beliau, kekurangan tersebut boleh mencecah sehingga 50 peratus.

“Stok ikan sejuk beku ini mencakupi ikan air tawar dan bekalan import,” katanya di majlis penyerahan bantuan enjin sangkut di pejabat Persatuan Nelayan Matang, di Bukit Gantang, Perak, semalam.

Syed Abu Hussin berkata, penggunaan stok ikan air tawar dan import adalah langkah biasa yang sering diambil setiap kali berlaku kekurangan bekalan bahan mentah itu.

Jelas beliau, harga ikan akan meningkat sehingga dua kali ganda jika hasil laut tersebut berkurangan.

“Sudah ada beberapa negeri yang dikesan berlaku kenaikan harga ikan di pasar basah, misalnya harga ikan kembung melonjak sehingga RM17 sekilogram, berbanding RM10 hingga RM12 sebelum ini,” katanya.

Dalam hal ini katanya, bilik sejuk beku perlu disiapkan pada kadar segera, melibatkan kos bernilai RM7 juta bagi tujuan penyimpanan semua stok ikan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Malaysia akan mengalami musim tengkujuh berterusan sehingga Mac depan dan sepanjang tersebut, empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku, khususnya di negeri Pantai Timur.

Ia disusuli dengan ramalan peningkatan kejadian air pasang besar bermula dari 7 hingga 12 Disember, 22 hingga 26 Disember, serta 6 hingga 10 Januari 2023 dan 21 hingga 25 Januari 2023. - Getaran 13 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Nelayan Labuan Selamatkan Telur Penyu, Ikan Lumba-Lumba Terima Pengiktirafan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Nelayan Hilang Ditemukan Pagi Ini, Rakan Masih Hilang

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Industri Perikanan Perlu Tenaga Muda, Jangan Sampai Dikuasai Warga Asing

4

Rencana 3 tahun yang lalu

Kerang Lekir: 'Emas Hitam' Merubah Nasib Nelayan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar