web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Nelayan Labuan Selamatkan Telur Penyu, Ikan Lumba-Lumba Terima Pengiktirafan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 7:47PM

Nelayan (dari kiri) Sahary Zoi Abdul Alip, Osman Khamis dan Ely Madi menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Perikanan Labuan atas komitmen dan sumbangan mereka melindungi hidupan akuatik marin di pejabat Jabatan Perikanan Negeri hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Tiga nelayan menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perikanan Labuan hari ini berikutan penemuan telur penyu dan berjaya menyelamatkan ikan lumba-lumba di perairan pulau bebas cukai itu.

Pada kejadian 23 September lepas, Sahary Abd Halim dan Elly Madi sedang bersiap sedia untuk menangkap ikan di pantai Kampung Sungai Labu, namun ternampak seekor biawak menggali lubang di pasir pantai berkenaan.

Mereka kemudian pergi memeriksa kawasan itu dan terkejut kerana menjumpai banyak telur penyu di dalam lubang berkenaan, dan terus menghubungi Jabatan Perikanan Labuan.

Pegawai jabatan itu kemudian bergegas ke tempat kejadian dan berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan mendapati sejumlah 106 biji telur penyu dipercayai daripada spesies terancam iaitu penyu sisik sudah digali sebelum memindahkan kesemua telur itu ke Pusat Penetasan Penyu Pulau Rusukan.

Sementara itu, ketika melakukan rutin pagi menangkap ikan di Pantai Layangan pada 15 Mei lepas, Osman Khamis terdengar bunyi luar biasa berdekatan dengan tempat dia memancing.

Dia terkejut kerana bunyi itu datangnya daripada empat ekor ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai berkenaan, lalu segera membantu menyelamatkan haiwan itu dengan membawanya ke kawasan air yang lebih dalam, bagaimanapun seekor ikan lumba-lumba tidak dapat diselamatkan.

Osman kemudian menghubungi Jabatan Perikanan Labuan untuk melaporkan kejadian itu pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili berkata, pemberian sijil pengiktirafan itu sebagai penghargaan terhadap dedikasi mereka dalam memulihara hidupan liar dan peranannya dalam melindungi populasi penyu sisik dan ikan lumba-lumba.

"Usaha mereka menjadi bukti bahawa setiap individu dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam semula jadi kita," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ingatkan Akar Pokok, Rupanya Bangkai Ikan Lumba-Lumba

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad