Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerang Lekir: 'Emas Hitam' Merubah Nasib Nelayan

Rencana Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:22AM

Albert Apollo Chan menunjukkan kerang di Jeti Kuala Kayan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANJUNG (Perak) - Ketika masih ramai lagi sedang lena diulit mimpi, Mohd Salleh Yunus pula menjadikan rutin untuk bangun seawal pukul tiga pagi untuk bergerak ke ‘kebun’ kerang di perairan Lembah Lekir bagi menyauk ‘emas hitam’ yang menjadi sumber rezeki utamanya sejak tiga tahun lepas.

Dengan hanya berbekalkan sampan serta tangguk bergalah atau kor bagi menyauk kerang, lelaki berusia 57 tahun ini mahu segera sampai ke kebun seluas kira-kira 21 hektar, yang mengambil masa kira-kira tiga kilometer atau lima minit dari Jeti Kuala Kayan bagi menyelesaikan tugas hariannya itu sebelum matahari naik dan air laut mula surut.

Sebaik sampai, bapa kepada enam orang anak ini terus membenamkan kor dari atas sampan untuk menyauk kerang di ‘kebun’ yang diusahakan bersama tujuh rakannya, berbekalkan kemahirannya menggunakan teknik pusingan.

Mengakui bukan tugas mudah menaikkan kerang memandangkan hanya saiz tertentu sahaja yang dapat disauk menggunakan peralatan berkenaan, Mohd Salleh yang berpengalaman hampir 25 tahun sebagai nelayan, mampu mendapat hasil kira-kira dua tan kerang setiap kali turun menyauk bersama rakan-rakan lain.

“Permintaan kerang sentiasa ada bahkan saya tidak susah menjualnya kerana peraih, pemilik restoran sudah ada di jeti untuk membeli hasil yang diperolehi. Kerana itu, saya perlu menyauk dengan cepat sebelum air surut disebabkan peraih, peminat kerang sudah menunggu di jeti seawal pukul 8 pagi. 

“Hasil kerang boleh dijual pada harga RM8 sekilo (bergantung pada permintaan) dan sebulan saya boleh memperoleh pendapatan bersih kira-kira RM2,800 dengan hanya hasil jualan kerang daripada kebun yang diternak ini tanpa perlu menjaring ikan,” katanya kepada Bernama. 

Albert Apollo Chan mengukur saiz kerang yang dipungut pengusaha kebun kerang lekir - Gambar Bernama
Albert Apollo Chan mengukur saiz kerang yang dipungut pengusaha kebun kerang lekir - Gambar Bernama

 

KEHIDUPAN BERUBAH 

Sambil menarik nafas lega dan melemparkan pandangannya jauh ke tengah laut,  kehidupan lelaki berkulit sawo matang dan berasal dari Teluk Intan sebelum ini sebenarnya tidaklah selesa sebagaimana yang dinikmati ketika ini.

Boleh diibaratkan seperti ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, pendapatannya sebelum ini sebagai nelayan paling tinggi pun hanyalah sekitar RM1,000 lebih sebulan, namun semuanya mula berubah sebaik beliau menyertai projek pembiakan dan penternakan kerang yang dikendalikan Jabatan Perikanan Negeri Perak.

Dinamakan Kebun Kerang Lekir, projek ini memberi manfaat kepada golongan B40 nelayan pantai sekitar kawasan tersebut menggunakan kaedah penandaan lot  mesra pukat hanyut. Projek ini adalah  sebahagian daripada pelan Lembah Makanan Lekir dengan melibatkan pewartaan kawasan seluas 4,538 hektar perairan Lekir. 

Ketika ditanya bagaimana boleh terlibat dalam projek itu, Mohd Salleh berkata semuanya bermula apabila hasil pendapatannya tidak menentu sehingga membuatkan beliau bertekad menyertai projek ternakan kerang sebaik disarankan Jabatan Perikanan dalam satu perjumpaan.

Nyata keputusannya tidak silap apabila beliau yang sebelum ini hanya bergantung kepada hasil jualan benih kerang dan menjaring ikan, akhirnya berubah setelah mendapat bantuan serta latihan daripada Jabatan Pertanian untuk menternak kerang dengan lebih sistematik sehingga memperoleh pendapatan stabil dan tetap. 

Bagi Projek Kebun Kerang Lekir, peserta disyaratkan daripada golongan nelayan B40 berusia 18 tahun ke atas. Mereka akan diberi kursus pengurusan ternakan kerang selama sehari sehingga tiga hari merangkumi taklimat teori, demontrasi mengutip, menggred dan mencuci kerang. 

“Sebelum ini, apabila ada benih kerang di gigi-gigi laut, adalah hasil… tapi jika tiada,  memang keringlah pendapatan pada bulan itu dan terpaksa bergantung dengan hasil menjaring ikan. Tetapi, tidak lagi selepas menyertai projek tersebut.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Jabatan Perikanan. Pelbagai peralatan, ilmu menternak kerang diberikan kepada kami yang secara tidak langsung meringankan beban nelayan di sini untuk membeli peralatan bagi mencari rezeki dengan kerang,” katanya. 

Selain Lekir, terdapat beberapa lagi projek ternakan kerang di Perak iaitu di Kuala Gula, Kuala Sepetang dan Kuala Kurau.

 

PENDAPATAN LEBIH STABIL

Hakikatnya, manfaat yang diperoleh daripada projek Kebun Kerang Lekir sejak dimulakan pada tahun 2020 dan kini mempunyai sebuah lot tidak hanya dinikmati Mohd Salleh tetapi hampir kesemua lapan peserta termasuklah seorang bapa kepada dua anak, Mohamad Mohamed Idris, 48 berasal dari Kampung Parit Jerman, Sitiawan yang masih meneruskan pekerjaannya sebagai nelayan.

Albert Apollo Chan membersihkan kerang di Jeti Kuala Kayan selepas dipungut pengusaha kebun kerang lekir - Gambar Bernama
Albert Apollo Chan membersihkan kerang di Jeti Kuala Kayan selepas dipungut pengusaha kebun kerang lekir - Gambar Bernama

Beliau yang juga penternak udang di perairan Lekir, mengakui tidak menyesal menyertai projek ternakan kerang yang berjaya membantu meningkatkan dan menstabilkan pendapatan bulanannya sebanyak RM7,000.

“Sekarang ini, saya mempunyai ilmu menghasilkan kerang dan pendapatan lebih stabil. Selain ilmu, saya juga seronok apabila pihak jabatan turut menyediakan kelengkapan secukupnya kepada nelayan... misalnya, sebelum ini jeti kami sangat kecil dan menunggu masa untuk roboh.

“Namun, kini jeti kami dibesarkan sehinggakan ‘grader kerang’ iaitu meja untuk membuat persiapan dan peti ais turut disediakan. Saya juga gembira anak muda kampung ini tidak memilih kerja dan turut terlibat dalam projek tersebut,” katanya yang turut mengharapkan lebih ramai lagi golongan belia turut serta dalam projek berkenaan. 

 

PROJEK TERBESAR

Mengulas mengenai projek kebun kerang, Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Perak Albert Apollo Chan berkata, projek itu adalah antara yang terbesar di negara ini dengan hasilnya mampu menampung lebih sebahagian daripada keperluan Semenanjung Malaysia terutama Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. 

“Selain diberi kursus, peserta turut dilengkapi dengan lesen menternak dan mengutip benih kerang serta peralatan yang diluluskan sepanjang penternakan dijalankan,” katanya yang turut menambah setiap lot jika diusahakan secara konsisten dan  mengikut prosedur amalan yang betul boleh menghasilkan pendapatan sehingga RM1 juta setahun. 

Menurut Albert, projek kerang Lekir banyak membantu nelayan pantai di kawasan berkenaan yang sebelum ini sering bergelut dengan masalah pendapatan tidak stabil khususnya ketika musim tengkujuh yang tidak membolehkan mereka turun ke laut. 

Perairan Lekir merupakan antara lokasi terbaik dan sesuai di negara ini untuk pembenihan kerang dan menghasilkan kerang premium. Kerang yang dihasilkan di perairan ini boleh mencapai saiz sehingga 45 milimeter (mm) manakala benihnya pula boleh mencapai mutu terbaik berikutan kualiti air dan kesesuaian suhu kawasan tersebut. 

Pada tahun 2022, pengeluaran kerang daripada Kebun Kerang Lekir adalah berjumlah 322 tan metrik yang bernilai RM3.7 juta.

Bagi pengeluaran benih kerang pula pada tahun 2021, hasil pengeluaran mencecah 499 tan metrik bernilai RM11.5 juta.

Kebun Kerang Lekir pada tahun 2020 pernah mencatat pengeluaran benih kerang tertinggi iaitu 1,202 tan metrik. Di negara ini terdapat dua lagi projek kebun kerang iaitu di Pulau Pinang dan Melaka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kupang Di Port Dickson Disahkan Beracun, Dicemari Biotoksin - DOF

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

3

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 Nelayan Labuan Selamatkan Telur Penyu, Ikan Lumba-Lumba Terima Pengiktirafan

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu