web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kupang Di Port Dickson Disahkan Beracun, Dicemari Biotoksin - DOF

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:00PM

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah (kiri) bersama Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe menunjukkan gambar rajah kawasan penternakan kupang menggunakan kaedah pancang pada sidang media di Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan, Wan Aznan Abdullah berkata, sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.

"Faktor cuaca panas juga antara punca alga ini membiak dengan cepat dalam perairan tersebut, namun ia tidak menjejaskan hidupan laut lain seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya.

"Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak makan kupang dalam tempoh 20 hari, selepas musim perayaan ini kita akan ambil lagi sampel untuk diuji, sebelum membuat pengesahan bahawa kupang di sini selamat untuk dimakan," katanya pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe.

Wan Aznan berkata, jabatan akan meneruskan pemantauan dengan pengujian secara berkala mengikut prosedur ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurangan dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan.

Beliau berkata, kerjasama dengan anggota penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis marin di perairan di sini bertujuan memastikan tiada tangkapan serta jualan kerang-kerangan di daerah ini.

"Pengusaha kupang berdaftar di sini adalah di Pasir Panjang dengan 40 penternak termasuk tidak berdaftar. Kupang sedia ada dalam perairan itu tidak perlu dilupuskan, ia akan neutralise sendiri, kecuali kupang yang sudah dituai dan dijual di pasar yang perlu dihapuskan," katanya.

Beliau berkata, sampel air turut diambil di perairan Melaka dan Johor, namun didapati selamat dan tiada kehadiran atau pembiakan alga tersebut.

Pada Selasa, Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dan kini seorang mangsa keracunan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Port Dickson. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad