web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Wang Bertukar Tangan’ Selepas Tekan Pautan Kisah Tular, Promosi Menarik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penipuan dalam talian atau ‘scammer’ bukan cerita baharu di negara ini, malah menjadi isu sering diperkatakan masyarakat dan dipaparkan menerusi laporan media.

Taktik berbeza digunakan sindiket atau pemangsa yang mampu mengaburi mata orang ramai, menyaksikan kes penipuan itu mencatatkan peningkatan saban tahun, sehingga mengakibatkan kerugian ribuan ringgit apabila wang di akaun bank lesap dikikis.

Kini, netizen mendakwa terdapat kaedah baharu dijadikan sebagai modus operandi penipuan terbabit, iaitu menerusi sesetengah pautan di akaun media sosial.

Mereka mendakwa pautan memaparkan tajuk artikel sensasi dan menarik itu adalah ‘jerat’ untuk menipu wang individu yang mungkin tersilap langkah ketika mengaksesnya.

Ada kes menyaksikan apabila pautan itu ditekan, ia seperti ‘pengesahan tanpa sedar’ individu untuk membenarkan ‘urus niaga’ secara dalam talian.

Menerusi satu klik, mereka dianggap bersetuju membayar sejumlah wang untuk membaca atau membeli produk ditawarkan di sebalik tajuk pautan.

Seorang mangsa penipuan terbabit, Azli mendedahkan di media sosial mengenai kes dialaminya apabila mengakses satu pautan, sehingga menyebabkan dia kerugian RM8,000.

Dia berkata, pautan itu adalah palsu apabila wang simpanannya di bank ditolak tanpa disedari.

Malah, tiada kod pengesahan transaksi (TAC) diterima untuk tujuan pemotongan wang di bank.

“Hati-hati dalam klik link (pautan), saya sudah dua kali duit gaji burn (habis). Ia transfer (dipindahkan) ke akaun berlainan tanpa ada notis TAC, dua kali duit gaji habis macam itu saja,” katanya menerusi komen di sebuah akaun dalam talian popular.

Lebih mengecewakan, dia mendakwa selepas laporan dibuat kepada pengurusan bank, pihak terbabit memaklumkan akan menyiasat kes berkenaan, namun tiada sebarang tindakan atau maklumat susulan diterimanya.

“Siasat sampai ke sudah, sampai jadi kali kedua pun siasat lagi, kerugian RM8,000,” katanya.

Seorang netizen lain mendakwa, dia sememangnya mengetahui daripada laporan warga net mengenai kewujudan akaun palsu di media sosial yang berkongsi hantaran atau cerita viral dan ‘panas’, sehingga menarik pengguna menekan pautan disediakan.

“Halaman ini buat duit saja dengan ambil story (cerita) ‘hot’ (panas) sikit, lepas itu letak link (menarik) untuk minta pengguna tekan jika nak tahu maklumat selanjutnya,” jelasnya.

Dakwanya, akaun tersebut bukan sahaja menawarkan cerita indah, malah ada antaranya mempromosikan barang dengan harga lebih murah daripada nilai pasaran, termasuklah ubat berkaitan seksual, seperti ‘ubat kuat’ bagi lelaki dan wanita untuk menarik perhatian.

Seterusnya, selepas pelanggan membuat bayaran, mereka ditipu apabila penjual tidak memberikan sebarang respon dan mendiamkan diri.

“Tekan link lepas itu tunjuk barangan dengan harga tak masuk akal, orang suka dan beli lepas itu kena tipu. Duit dah bayar tapi resit, transaksi apa pun tak keluar, lepas itu menghilang. Termasuklah ubat kuat (tertentu) yang sering dijual di media sosial,” jelasnya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan kes penipuan dalam talian menunjukkan trend peningkatan pada tahun 2019 hingga 2021.

Katanya, pada tahun 2019, sejumlah 13,703 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM539 juta, manakala 17,227 kes (kerugian RM511.2 juta) pada 2020 dan 20,701 kes (kerugian RM560.8 juta) pada 2021.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Julai lalu, jumlah kes direkodkan adalah 12,092 kes dengan nilai kerugian RM414.8 juta.

“Manakala, bagi tempoh dari tahun 2019 hingga Julai lalu, seramai 33,147 suspek kes penipuan siber ditangkap dan 22,196 kes jenayah atas talian dituduh di mahkamah,” katanya.

Pada masa sama, orang ramai, terutamanya pengguna media sosial yang gemar membeli belah dan mengakses pautan dalam talian, dinasihatkan berhati-hati dengan kesahihannya bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan siber. - Getaran 13 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar