web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chin Tong Mulakan Tugas Hari Pertama Timbalan Menteri Di Belgium

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 8:51PM

Liew Chin Tong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong memulakan tugasan pertamanya sebagai anggota Kabinet dengan mewakili Malaysia untuk Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU) di Belgium hari ini.

Chin Tong berkata, tugasan tersebut adalah bertujuan mempromosi dan menyasarkan Malaysia sebagai lokasi pelaburan dunia.

“Saya sedar bahawa satu daripada tugas utama dalam portfolio ini akan membawa saya ke luar negara mewakili perdagangan, selain mempromosi negara sebagai destinasi pelaburan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Beliau turut menyatakan berangkatannya ke Sidang Kemuncak ASEAN-EU itu dimaklumkan Menteri Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebelum beliau dilantik sebagai timbalan menteri.

“Sebelum saya mengangkat sumpah, Menteri saya Tengku Zafrul Aziz memberi saya tugasan pertama bagi mewakili beliau ke Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Kesatuan Eropah (EU), iaitu sebahagian daripada agenda Sidang Kemuncak ASEAN-EU,” ujarnya.

Berbeza dengan timbalan menteri lain, Chin Tong juga tidak dapat hadir untuk melapor diri pada hari pertama di Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI), berikutan tugasan yang dimaklumkan dalam masa singkat itu.

“Dengan pemberitahuan singkat itu, saya kini (pagi tadi) berada di KLIA untuk terbang ke Brussels, Belgium bagi menjalankan tugas kementerian tanpa sempat melaporkan diri di kementerian hari ini.

“Ketika rakan-rakan timbalan menteri mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan kerja di kementerian masing-masing, tugas saya bermula dengan cara lain, mewakili kementerian dan Malaysia di luar negara,” jelasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gelang Patah itu adalah antara 27 timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu lalu. - Getaran 12 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kolaborasi Jadi Kunci Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Inklusif - Liew Chin Tong

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Perdana Menteri Belgium Cedera Dalam Kemalangan Basikal

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Mazen, Gilis Juarai Terbuka Malaysia 2022

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Speedy Tigers Menang Bergaya Tundukkan Perancis 4-2

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar