Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mazen, Gilis Juarai Terbuka Malaysia 2022

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 8:00AM

Juara Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 Lelaki, Mazen Hesham dari Mesir dan Wanita, Nele Gilis dari Belgium - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain Mesir Mazen Hesham bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menundukkan rakan senegara dan pilihan pertama kejohanan Tarek Momen  2-11, 8-11, 11-6, 11-8, 11-5 untuk menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2022 hari ini.

Mazen yang berada di ranking kesembilan dunia terpaksa bertarung selama 45 minit untuk menewaskan Tarek yang merupakan pemain nombor tujuh dunia  di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Pemain berusia 28 tahun itu yang merupakan pilihan ketiga kejohanan berkata kemenangannya hari ini merupakan hasil kerja keras.    

“Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan buat saya, selepas muncul juara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, sepupu dan setiap orang yang rapat dengan saya yang menyokong saya melalui saat yang mencabar ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Penaung Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM). 

Sementara itu, wakil Belgium Nele Gilis yang muncul juara perseorangan wanita Terbuka Malaysia buat julung kali tidak dapat menahan emosi dengan air mata kegembiraannya mengalir selepas segala apa yang dirancangnya menjadi.   

Pemain pilihan kedua kejohanan itu menewaskan pilihan utama dari Amerika Syarikat, Olivia Fiechter  5-11, 11-5, 13-11, 11-9 yang berlangsung selama 59 minit.

“Kemenangan di Malaysia buat kali pertama amat bermakna bagi saya kerana ia sememangnya  perlawanan yang mencabar. Kami pernah bertemu di Terbuka Singapura 2022 minggu lepas, jadi saya rasa saya sudah menemui rentak sendiri apabila berhadapan beliau hari ini.

Kemenangan ini adalah untuk keluarga saya kerana mereka tiada di sini begitu juga rakan-rakan, jurulatih dan semua pasukan saya yang bekerja keras untuk membantu saya meningkatkan mutu permainan kerana saya percaya tanpa mereka, memenangi perlawanan ini adalah mustahil,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Kejohanan Terbuka Malaysia menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$52,500 (RM235,200) untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Tingkat Bantuan Kewangan Untuk UNRWA - PM

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Sukan 10 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

Semasa 20 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Sewa: JPJ Pulau Pinang Sita 22 Kenderaan, Keluar 63 Saman