web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Speedy Tigers Menang Bergaya Tundukkan Perancis 4-2

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 8:32AM

Speedy Tigers menundukkan Perancis 4-2 pada aksi yang berlangsung di Waterloo Ducks Hockey Club, di Waterloo, Belgium semalam. - Gambar Bernama 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di Siri Jelajah Belgium dengan penuh bergaya apabila menundukkan Perancis 4-2 pada aksi yang berlangsung di Waterloo Ducks Hockey Club, di Waterloo, Belgium semalam.  

Meskipun skuad kendalian A. Arul Selvaraj ketinggalan seawal minit keenam perlawanan apabila Perancis membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti, Speedy Tigers bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan sudut penalti pada minit ke-17 oleh Muhammad Razie Abd Rahim.  

Perancis terus merobek gawang Speedy Tigers menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-22 sebelum Muhammad Aminuddin Mohd Zain menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Skuad hoki negara yang mula mendapat rentak terus mengasak gawang lawan dengan meledak jaringan padang menerusi Muhamad Ramadan Rosli pada minit ke-45 dan Muhammad Razie menoktahkan kemenangan skuad kebangsaan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-54.

"Perancis lebih menguasai perlawanan 57 peratus berbanding kita (Malaysia) 43 peratus namun kami dapat apa yang kami mahu iaitu kemenangan,” kata Arul Selvaraj menerusi video yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Arul Selvaraj berkata selepas pulang ke Malaysia, skuad itu akan membuat persiapan untuk kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2022.

Malaysia yang berada di ranking ke-10 dunia sebelum ini menundukkan tuan rumah Belgium 1-0 pada 27 Sept lepas sebelum dibelasah 0-7 oleh Belgium pada hari berikutnya (28 Sept). 

Semalam, anak buah Arul Selvaraj tewas tipis 2-3 kepada Perancis yang berada pada ranking ke-11 dunia.  

Siri Jelajah Belgium adalah bagi mempersiapkan skuad negara menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh, Perak, dari 1 hingga 10 Nov ini dan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, dari 13 hingga 29 Januari depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Shuhaily Kenang Jasa Paramalingam, Hoki Bentuk Disiplinnya

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Speedy Tigers Catat Kedudukan 5 Terbaik Di Kelayakan Olimpik

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 37 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan