web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kolaborasi Jadi Kunci Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Inklusif - Liew Chin Tong

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 6:38PM

Kejayaan Platform Perdagangan Digital (MDTP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Fusionex Group adalah bukti sokongan padu kerajaan terhadap inisiatif perkongsian awam-swasta (PPP). - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kolaborasi adalah kunci untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dalam usaha memupuk ekosistem perdagangan digital yang kukuh bagi Malaysia, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong. 

Sebagai contoh, kejayaan Platform Perdagangan Digital (MDTP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Fusionex Group adalah bukti sokongan padu kerajaan terhadap inisiatif perkongsian awam-swasta (PPP). 

Beliau menjelaskan lagi, komitmen tidak berbelah bahagi antara MATRADE dan Fusionex untuk membentuk pakatan strategik ini akan membawa perdagangan Malaysia ke tahap baharu.

Oleh itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa MDTP akan dapat mengubah wira tempatan menjadi juara global dengan memberi mereka dorongan serta bimbingan yang diperlukan ketika mereka memasuki pasaran antarabangsa. 

"Kemasukan MDTP dalam ekosistem eksport kita sememangnya akan menambah nilai kepada syarikat tempatan dalam memasarkan produk mereka dan pembeli antarabangsa yang berminat dengan penawaran buatan Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran rasmi MDTP di sini hari ini. 

Pelaburan, inovasi dan sumbangan disruptif Fusionex telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap perniagaan, hasil daripada teknologi terkemuka dan tenaga kerja pakar mereka.

"Pencapaian luar biasa mereka dalam membangunkan platform canggih dalam tempoh yang singkat untuk menyokong cita-cita eksport kami selayaknya mendapat pengiktirafan," katanya. 

Beliau berkata MATRADE pula sentiasa bertindak sebagai pemangkin dalam memperkasakan syarikat tempatan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui inisiatif turun padang selain membantu mereka melakar sempadan baharu dalam pasaran antarabangsa. 

"Di MDTP, terdapat pelbagai penyelesaian dan perkhidmatan digital yang komprehensif yang membolehkan perniagaan Malaysia mengatasi kerumitan perdagangan antarabangsa.

"Dengan mengekalkan nadi perubahan keperluan perdagangan, MDTP membolehkan perusahaan Malaysia beroperasi dengan kecekapan yang tiada tandingan, sekali gus menyumbang kepada kejayaan mereka di pasaran global," katanya.  D

Diperkenalkan pada Julai 2022 dengan kerjasama peneraju pasaran teknologi data Fusionex Group, MDTP merupakan platform perdagangan kecerdasan buatan (AI) yang bertujuan memaksimumkan potensi eksport Malaysia serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Lebih 40,000 Pembantu Perubatan Menjelang 2025

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Premis Penginapan Berlesen Perlu Berdaftar Sebagai PPP Di Bawah MOTAC

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Chin Tong Mulakan Tugas Hari Pertama Timbalan Menteri Di Belgium

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

MATRADE: Jumlah Perdagangan M'sia-Kazakhstan RM480 Juta 10 Bulan Pertama 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan