web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Lebih 40,000 Pembantu Perubatan Menjelang 2025

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 4:23PM

Lukanisman berkata isu perjawatan tetap dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Negara memerlukan seramai 44,804 penolong pegawai perubatan (PPP) menjelang 2025 dengan mengambil kira jangkaan 36 juta penduduk Malaysia pada tahun tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Berucap merasmikan Hari Pembantu Perubatan ke-12 2023 peringkat kebangsaan di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini, beliau berkata bilangan PPP dalam negara ketika ini adalah seramai 23,329 orang dengan nisbah 1:1,400 berbanding populasi penduduk.

“Kekurangan PPP menyebabkan peningkatan beban kerja, PPP sedia ada bekerja lebih masa dan secara tidak langsung ia boleh menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Lukanisman berkata perbincangan antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan sentiasa diadakan untuk memastikan isu perjawatan tetap dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

Dalam pada itu, beliau berkata bilangan PPP atau pembantu perubatan yang memiliki ijazah masih kecil iaitu kurang daripada 10 peratus dan sasaran KKM adalah 75 peratus daripada mereka memiliki ijazah menjelang 2030.

Menurut Lukanisman, beberapa sesi libat urus telah diadakan antara cawangan perkhidmatan PPP dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan beberapa universiti awam dan swasta untuk membuka peluang pendidikan program ijazah kepada mereka.

Ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Terbuka Malaysia menjalankan program khusus di peringkat ijazah bagi PPP.

Lukanisman turut berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi persidangan ‘The Global Association of Clinical Officers and Physician Associates’ di Putrajaya Jun depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 9 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad