web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Premis Penginapan Berlesen Perlu Berdaftar Sebagai PPP Di Bawah MOTAC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 6:15PM

Pendaftaran di bawah kementerian itu adalah mandatori seperti ketetapan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengusaha premis penginapan berlesen di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mendaftar sebagai Premis Penginapan Pelancong (PPP) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendaftaran di bawah kementerian itu adalah mandatori seperti ketetapan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Menurut MOTAC ia bertujuan mengawal kewujudan rumah kediaman yang dijadikan rumah penginapan atau inap desa yang semakin bertambah selain membolehkan pengusaha mematuhi syarat yang dikenakan serta mengelak sebarang aduan daripada pihak pengguna.

"Pelaksanaan ini juga bertujuan untuk mengelakkan premis penginapan pelancongan dijadikan tempat transit kepada penjenayah berikutan ia tidak mempunyai sebarang maklumat keluar masuk pelancong seperti hotel," menurut kenyataan itu.

Berdasarkan statistik, hanya 4,771 premis telah berdaftar sebagai PPP sedangkan masih banyak premis penginapan berlesen dan beroperasi di seluruh negara belum memohon pendaftaran di bawah MOTAC.

"MOTAC menggalakkan semua premis penginapan ini untuk berdaftar sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan diambil pada masa akan datang. Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan atau Tourism Licensing (TOURLIST) di laman https://www.tourlist.gov.my/,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOTAC, premis penginapan yang telah berdaftar sebagai PPP dan memenuhi syarat penggredan diminta mengemukakan permohonan penggredan kepada Pejabat MOTAC Negeri berkenaan.

Pelbagai insentif boleh dinikmati premis yang telah diberikan penggredan oleh MOTAC antaranya pengambilan pegawai dagang atau pekerja asing, insentif cukai, bantuan kewangan daripada kerajaan dan bantuan mempromosikan premis sama ada di dalam atau luar negara.

Garis panduan pendaftaran PPP, penggredan PPP dan kriterianya boleh dirujuk di laman https://www.motac.gov.my/. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Dalam Inap Desa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad