web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 4:39PM

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan oleh seorang wanita diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati lelaki tempatan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Beliau berkata setakat ini polis telah merekodkan keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa terbabit bagi membantu siasatan kes.

"Berdasarkan siasatan dan keterangan yang direkod setakat ini, polis sedang mengesan seorang lelaki dan dia dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian kamera tersembunyi dalam bilik air tersebut.

"Pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera itu menghubungkan dengan telefon bimbit lelaki berkenaan dan sebab itu kita kesan dia untuk membantu siasatan kes," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Razlam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti pada 5 hingga 6 Februari lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Dalam Inap Desa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Siasat Dakwaan Ada Kamera Tersembunyi Di Inap Desa Sabah - Menteri

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad