web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Beri Amaran Pecat Serta-Merta Menteri Terbabit Rasuah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 8:14PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan semasa mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah di Seri Perdana hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran akan memecat mana-mana ahli Kabinet jika terbabit dengan kes rasuah sepanjang berkhidmat.

Menurutnya, beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal tersebut kerana ia berkait rapat dengan tatakelola kerajaan yang baik.

“Saya sudah bercakap dengan semua ketua-ketua parti komponen, kalau ada kes seperti itu (rasuah) ketika saya Perdana Menteri, saya minta mandat pecat serta-merta.

“Saya tidak tolak ansur dan ini bukan soal politik. Ini adalah keyakinan saya.

“Saya telah dihumban ke penjara dan dipukul setengah mati dan sudah lama terseksa dan saya bukan untuk kemudian mendabik dada sebab aku menang, aku sekarang orang nombor satu,” katanya.

Beliau berkatda demikian ketika menyampaikan ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah di Seri Perdana hari ini - Gambar Fail Bernama
Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah di Seri Perdana hari ini - Gambar Fail Bernama

Anwar berkata, beliau menganggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT untuk dirinya.

“Saya selalu sebut tentang hadis Nabi Muhammad SAW, kita hanya ujian kecil untuk mengajar kita, mendewasakan kita, ada pengajarannya,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, beliau tidak pernah memberi jaminan akan melepaskan sesiapa daripada hukuman sekiranya diputuskan bersalah oleh hakim yang bebas dan adil.

“Jika mahu berkompromi untuk membebaskan mana-mana individu daripada hukuman, saya sudah lama boleh memegang jawatan Perdana Menteri,” katanya. 

Anwar juga memberitahu, beliau sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan ketua agensi kerajaan termasuk Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara untuk memberikan gesaan berhubung profesionalisme.

“Saya mahu buktikan bahawa ada orang Melayu, anak Melayu yang menggunakan kuasanya untuk menjaga dan membela nasib rakyat.

“Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan. Kita sama-sama doa mudah mudahan dapat dicapai,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad