web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembentukan Kerajaan: ‘Yang Pentingnya Adalah Garisan Penamat’ - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 7:42PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah di Seri Perdana hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Buat pertama kali, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara bagi menjelaskan pembentukan kerajaan perpaduan pimpinannya, hari ini.

Katanya, beliau dititahkan berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong semasa sesi menghadap baginda, semalam.

Menurut Anwar, Agong bertitah demikian supaya tidak timbul sebarang kekeliruan berhubung isu tersebut sehingga menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Semalam ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, baginda menitahkan ada baiknya jika Perdana Menteri jelaskan supaya jangan timbul kekeliruan terutamanya yang menyinggung kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya pada Program Pertemuan Mahabbah Ulama dan Asatizah, di sini, hari ini.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Datuk Dr Luqman Abdullah.

Jelas Perdana Menteri, dalam isu pembentukan kerajaan sebaik Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berakhir, Yang di-Pertuan Agong mengambil langkah setapak ke hadapan untuk mengadakan Sidang Khas Majlis Raja-Raja Melayu.

“Yang di-Pertuan Agong mengambil pendekatan mengikut Perlembagaan walaupun ini dipertikai oleh sesetengah tokoh Melayu dan Islam.

“Penjelasan Yang di-Pertuan Agong kepada saya dan Raja-Raja Melayu yang sempat saya menghadap adalah menyatakan daripada awal bahawa parti yang memperolehi kedudukan terbesar akan mendapat keutamaan.

“Pada masa itu, parti terbesar adalah Pakatan Harapan (PH) sebanyak 83 kerusi Parlimen, diikuti oleh Perikatan Nasional (PN) sebanyak 73 kerusi Parlimen ketika itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ada usaha sambilan untuk mendapatkan akuan bersumpah (SD) dan ia terus berlaku dalam tempoh ditetapkan Yang di-Pertuan Agong, iaitu sehingga jam 2 petang 21 November lalu.

Menurutnya, jumlah SD yang diperoleh tersebut hanya akan ditetapkan setelah waktu diberi dimuktamadkan.

“Seperti mana dalam perlumbaan dia boleh potong kita di round pertama, kita potong dia round (pusingan) ketiga tapi yang pentingnya ialah garisan penamat.

“Apabila penamatnya, ternyata saya perolehi jumlah yang besar kerana orang yang memberi pengakuan sebelumnya telah menarik balik SD sebelum tempoh 2 petang,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad