web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKRC Khas Untuk Pelajar Positif COVID-19 Dibuka

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 4:51PM

Dr Zaini Hussin (tengah) bersama pegawainya meninjau persiapan Pusat Rawatan dan Kuarantin COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) baru di tapak asalnya sebelum ini adalah bagi program solat terawih (Madinah Ramadan) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Satu Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) khusus menempatkan pelajar yang dijangkiti COVID-19 dibuka di Kelantan, menjadikan ia PKRC ketujuh di negeri itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, JKNK sudah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menjadikan asrama sebuah sekolah sebagai PKRC khas itu.

“Sebuah sekolah menengah di Salor sudah dikenal pasti dan akan dibuka hari ini juga, atau selewat-lewatnya esok.

“Kita akan membuka dua blok untuk menempatkan pelajar lelaki dan perempuan di premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Menurut Dr Zaini, PKRC berkenaan boleh menampung 300 pesakit pada satu-satu masa.

Mengulas mengenai pembukaan PKRC di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Dr Zaini berkata, ia juga akan dibuka selewat-lewatnya esok bagi menampung bilangan pesakit COVID-19 yang semakin bertambah.

“Premis terbabit boleh menempatkan seramai 140 pesakit dan kita akan buka hari ini, atau esok paling lewat,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, suntikan vaksin fasa dua bermula hari ini, membabitkan 120 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan dikategorikan sebagai berisiko tinggi. - Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad