web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TLDM Bantu Pencarian Kapal Selam TNI Indonesia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 12:06PM

Jurucakap tentera Indonesia, Achmad Riad pada sidang media di Denpasar bagi mengumumkan kapal perang yang terlibat dalam operasi mencari kapal selam yang hilang di Bali. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Malaysia akan turut membantu Indonesia dalam pencarian kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402, yang terputus hubungan dan hilang di perairan utara Pulau Bali.

Ketua Pusat Penerangan TNI Mejar Jen. Achmad Riad berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, Mega Bakti dijangka tiba pada 26 April ini bagi bersama-sama mengesan kapal selam berkenaan.

"Bantuan daripada pihak ketiga (negara luar dalam operasi mencari kapal selama itu), antaranya dari Singapura, berupa kapal Swift Rescue, kapal ini adalah kapal penyelamat kapal selam yang mengalami kendala (masalah) di bawah air. Swift Rescue dijangka tiba di lokasi pada 24 April. (manakala) Malaysia, kapal Rescue Mega Bakti, akan tiba pada 26 April," katanya pada sidang media secara hibrid di Bali hari ini.

Selain itu, beliau berkata tujuh negara lain iaitu Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Turki, India dan Australia juga menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam tersebut yang terputus hubungan selepas melakukan latihan penembakan torpedo semalam.

“Kedudukan terakhir ialah 23 batu di utara Pulau Bali. Kronologi kejadian ialah pada 3.46 pagi, KRI Nanggala melaksanakan penyelaman, kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo, pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala telah terputus,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kanada Dan AS Siasat Insiden Kapal Selam Titan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

AUKUS: Malaysia Kekal Dengan Pendirian, Minta Semua Pihak Menghormatinya

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Malaysia Suara Kegusaran Tentang Penubuhan AUKUS

4

Luar Negara 5 tahun yang lalu

Bangkai Kapal Selam KRI Nanggala 402 Dijumpai, 53 Anak Kapal Disahkan Mati

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad