Berita Terkini

9 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


PM Disaran Cari Menteri Kewangan Baharu, Pengasingan Peranan Demi Semak, Imbang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 7:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencari calon Menteri Kewangan yang baharu bagi menggantikan beliau untuk menggalas portfolio berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr Tricia Yeoh berkata, ini kerana pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan tidak selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik seperti dilaungkan Anwar sebelum ini.

Menurut beliau, komitmen untuk mengasingkan portfolio tersebut juga telah dibuat dengan jelas dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kami mencadangkan Perdana Menteri harus komited untuk mencari seorang Menteri Kewangan yang sesuai, seseorang yang boleh melaksanakan kerajaan yang telus dan bertanggungjawab.

“Menteri Kewangan juga perlu mengawasi pembaharuan fiskal seperti melaksanakan Akta Tanggungjawab Fiskal yang tergendala sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau, pengasingan peranan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh individu sama perlu dilakukan kerana tiada pengawasan terhadap portfolio paling penting dalam Kabinet kerajaan perpaduan itu.

“Skandal rasuah 1MDB sebahagiannya dipermudahkan dengan membenarkan seorang individu memegang dua jawatan penting Kabinet ini secara serentak.

“Tiga pentadbiran sebelum ini telah cuba mengubah tradisi ini dengan melaksanakan pengasingan kuasa antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,” katanya.

Dr Tricia Yeoh
Dr Tricia Yeoh

Katanya, walaupun secara politik sukar untuk menamakan Menteri Kewangan dalam kerajaan perpaduan, peranan itu perlu diasingkan untuk proses semak dan imbang.

Dalam pada itu, Yeoh turut memuji Perdana Menteri kerana telah menunaikan sebahagian daripada janjinya semasa sidang media yang diadakan pada 24 November lalu untuk mewujudkan Kabinet lebih kecil.

Namun katanya, IDEAS juga mahu melihat perwakilan wanita, belia dan wilayah yang lebih baik dalam barisan Kabinet semasa.

“Hal ini dicerminkan menerusi lima jawatan menteri dengan lima ahli politik wanita, empat ahli politik belia, dan enam wakil Borneo termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Bagaimanapun kami amat berharap agar Perdana Menteri tidak mengikuti langkah pentadbiran sebelum ini yang melantik Timbalan Menteri dan Duta Khas bertaraf menteri untuk memuaskan hati pelbagai pihak dan menjadikan saiz Kabinet terlalu besar,” katanya.

Sementara itu, Yeoh berkata, IDEAS turut menzahirkan kegusaran terhadap pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri di sebalik pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.

“Walaupun mencapai kestabilan, pelantikan Zahid sebagai TPM yang memegang portfolio strategik memberi isyarat salah daripada kerajaan yang berikrar untuk mematuhi prinsip tadbir urus yang baik.

“Walaupun tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan melalui semua proses rayuan sudah memadai untuk mengekalkan kerusi di Parlimen, ahli Kabinet yang dilantik perlu mempunyai standard lebih tinggi,” katanya.

Ujarnya, ia penting untuk memastikan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan hari ini. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

3

Politik 5 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Nahas Helikopter Banyak Beri 'Petanda' Ketika Sambut Aidilfitri Di Kampung - Kakak

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Komited Posisikan Malaysia Antara 20 Negara Terbaik Punyai Ekosistem Pemula Menjelang 2030 – PM

Semasa 1 hari yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Peribadi Ditembak Di KLIA Sudah Sedar