web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Fokus Perkasa Nasib OKU – Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 4:33PM

Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan Perpaduan dipimpinnya akan terus memberi fokus kepada usaha memantapkan dan memperkasakan orang kelainan upaya (OKU) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan Perpaduan dipimpinnya akan terus memberi fokus kepada usaha memantapkan dan memperkasakan orang kelainan upaya (OKU).

Katanya, perkara itu akan dilaksanakan menerusi kebijakan yang tuntas.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan saya akan terus memberi fokus kepada usaha pemantapan dan pemerkasaan golongan OKU melalui kebijakan yang tuntas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Sambutan Hari OKU Sedunia yang diraikan hari ini.

Anwar berkata, walaupun diuji dengan halangan fizikal dan mental, golongan terbabit seharusnya diberi peluang menyumbang keringat serta buah fikiran dalam pelbagai lapangan di negara ini.

Menurutnya, peluang itu terutamanya berkaitan hal membangun masyarakat dan negara.

“Diskriminasi di pelbagai bidang terhadap OKU mesti dihentikan, sebaliknya kita mesti rangkul segala upaya yang ada untuk membela semua, terutamanya golongan OKU,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen hantaran itu, netizen menyambut baik usaha Anwar dan menyifatkan beliau seorang pemimpin prihatin.

“Alhamdulillah tahniah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim), semoga Allah permudahkan usaha murni amin,” kata seorang pengguna, Gayah.

“Alhamdulilah. Terbaik DSAI. Dahulukan rakyat!” komen Beeker.

“Terbaik..saya yakin dengan (jawatan) sebagai Menteri Kewangan akan lebih memudahkan Perdana Menteri membantu rakyat,” tulis Amz. – Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad