web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Patuhi SOP, Bazar Ramadan Bukit Nyamuk Diarah Tutup

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 7:43AM

Bazar Bukit Nyamuk di Kuala Nerang, Kedah, diarah tutup susulan beberapa SOP gagal dipatuhi peniaga serta pengunjung. - Gambar dari Majlis Daerah Padang Terap

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bazar Ramadan Bukit Nyamuk di Kuala Nerang diarahkan ditutup, susulan pemeriksaan pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) mendapati prosedur operasi standard (SOP) gagal dipatuhi oleh peniaga serta pengunjung bazar itu.

Yang Dipertua MDPT Datuk Suhaimi Abd Rahman berkata penutupan operasi bazar berkenaan berkuat kuasa Khamis, namun beliau tidak menyatakan tempoh penutupan bazar Ramadan itu.

"Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian atau penularan wabak COVID-19 daripada berlaku di dalam kelompok komuniti daerah ini," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya antara SOP yang gagal dipatuhi peniaga dan pengunjung seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ialah tidak menyediakan kaunter saringan dan pemeriksaan suhu badan, tiada kawalan keluar masuk ke tapak bazar, tidak memakai pelitup muka, dan sebagainya.

Beliau berkata jika arahan berkenaan gagal dipatuhi, tindakan penguatkuasaan serta undang-undang akan diambil selaras dengan peruntukan kuasa kepada MDPT di bawah Seksyen 72(1)(f) Akta Kerajaan Tempatan 1976. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Temui Barisan Pelakon Blood Brothers Di Bazar Ramadan Terpilih!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad