web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 300 Penduduk Terjejas, 53 Kediaman Musnah Dijilat Api

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 7:08PM

Api sedang marak membakar kediaman di Kampung Sudang Laut. - Gambar dari Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Lebih 300 penduduk terjejas selepas 53 kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut, di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, kejadian dianggarkan berlaku pada jam 7.30 pagi tadi.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.50 pagi.

“Susulan panggilan, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Sebaik tiba, pasukan bertugas mendapati kira-kira 30 rumah separa kekal di atas air sedang terbakar dengan api yang menjulang tinggi di udara.

Tambahnya, anggota bomba bertugas segera bertindak mengawal api bagi mengelakkan ia terus memusnahkan lebih banyak kediaman.

“Api berjaya dipadamkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.46 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya.

Jabatan itu memberitahu, punca kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kebakaran tersebut sedang disiasat.

Sementara itu, statistik Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) menunjukkan, kebakaran berkenaan menjejaskan 86 penghuni lelaki dan 106 penduduk wanita, manakala mangsa selebihnya ialah kanak-kanak serta bayi, menjadikan jumlah keseluruhan 350 orang.

“Semua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi,” kata APM. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Putra Heights: Masalah Sistemik Dalam Perancangan Bandar Antara Pencetus - NHRA

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran