web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Dijangka Umum Senarai Kabinet ‘Sesegera Mungkin’ - Sumber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 6:38PM

Menurut sumber, dua TPM yang bakal mengisi ahli Kabinet Anwar masing-masing dijangka terdiri daripada seorang Ahli Parlimen dari Semenanjung dan Borneo. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melantik dua Timbalan Perdana Menteri dalam senarai Kabinet, melibatkan kurang daripada 30 ahli yang akan diumumkan sesegera mungkin.

Menurut sumber, dua TPM yang bakal mengisi ahli Kabinet Anwar masing-masing dijangka terdiri daripada seorang Ahli Parlimen dari Semenanjung dan Borneo.

“Saya tak dapat memberikan jumlah sebenar ahli Kabinet tersebut namun ia mungkin tidak akan melebihi 30 Ahli Parlimen untuk satu-satu kementerian.

“Datuk Seri (Anwar) dijangka mengumumkannya sesegera mungkin, Insya Allah,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Bagaimanapun, terdapat portal berita melaporkan bahawa barisan Kabinet yang akan diumumkan Anwar hanya terdiri daripada 25 ahli.

Teka-teki berhubung ahli Kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjadi tumpuan apabila dua nama besar daripada Barisan Nasional (BN) disebut-sebut bakal mengisi jawatan kedua tertinggi itu.

Kedua-dua Ahli Parlimen tersebut adalah Pengerusi BN sendiri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Manakala, jawatan TPM bagi mewakili Sabah dan Sarawak pula dijangka diisi wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyumbang kepada 23 kerusi Parlimen bagi menyokong penubuhan kerajaan perpaduan.

Difahamkan, jawatan Menteri paling banyak dijangka diisi Ahli Parlimen PKR, UMNO, DAP dan GPS namun wakil WARISAN, AMANAH dan UPKO juga tidak akan dikecualikan.

Sebelum ini, terdapat gesaan supaya Perdana Menteri tidak menyenaraikan Ahmad Zahid dan beberapa Ahli Parlimen lain termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman serta beberapa lain kerana masih berdepan kes mahkamah. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad