web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Tuntut Ahli Parlimen Baling Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 9:42PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Hassan Saad, menuntut Ahli Parlimen Baling itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung hantaran audio berbaur fitnah yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memfailkan notis tuntutan itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners hari ini.

Menurut peguam Datuk SN Nair, jika pihaknya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan daripada Hassan dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis, tindakan perundangan akan diteruskan terhadap Hassan.

Berdasarkan notis tuntutan itu, pada 27 Nov lepas, Hassan telah menerbitkan atau menyebabkan penerbitan suatu hantaran audio yang memfitnah Anwar di aplikasi Twitter atas nama “Mohd Ropi Mat Sin".

Nair berkata audio itu telah dipetik oleh pengguna Twitter di bawah nama "Pemikir Malaysia" yang mendapat tontonan melebihi 431,500 kali, reaksi 'Like' melebihi 4,800 kali, perkongsian melebihi 3,300 kali dan petikan tweet melebihi 1,400 kali setakat tarikh notis ini.

Beliau mendakwa audio itu dibuat dengan berniat jahat (mala fide) dan ia tidak benar, palsu serta bertujuan untuk merendahkan maruah anak guamnya di mata masyarakat umum.

Nair berkata perkataan-perkataan memfitnah itu secara keseluruhannya antara lain membawa maksud bahawa Pengerusi Pakatan Harapan telah menyalah guna kuasanya sebagai seorang ahli Parlimen, seorang pembohong, tidak beretika dan telah mengkhianati mandat rakyat.

Beliau menegaskan bahawa pelantikan anak guamnya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 adalah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 24 Nov lepas.

Peguam itu berkata Hassan tidak pernah menafikan perkara itu walaupun selepas perkataan-perkataan dan audio memfitnah itu telah tular di Twitter dan aplikasi sosial media lain.

“Sekiranya YB Hassan menafikan perkataan-perkataan dan audio memfitnah itu, pihak kami telah diarahkan oleh anak guam untuk menuntut pengesahan secara umum dan bertulis daripada YB Hassan bahawa YB Hassan tidak mengungkapkan atau menerbitkan perkataan fitnah itu.

“Selain itu anak guam kami memohon penarikan balik perkataan memfitnah serta permohonan maaf tanpa syarat, aku janji bertulis oleh YB Hassan untuk tidak mengulangi perkataan memfitnah itu,” menurut peguam itu.

Berdasarkan notis tuntutan itu, Nair memaklumkan anak guamnya akan menuntut ganti rugi atas tindakan Hassan.

Nair ketika dihubungi mengesahkan telah menghantar notis tuntutan itu kepada Hassan melalui kiriman pos.

“Tuduhan itu (perkataan memfitnah) adalah keterlaluan,” kata Nair. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad