web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Ayam Naik, Peniaga Terima Notis KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 1:40PM

Dr Chong Fat Full ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua puluh peniaga runcit dan enam pemborong ayam di pasar awam sekitar daerah ini menerima notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor sejak hari pertama bulan Ramadan. 

Notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, susulan daripada pemeriksaan yang dijalankan, selepas menerima aduan berlakunya kenaikan harga ayam dan daging pada bulan Ramadan ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr Chong Fat Full berkata, pemeriksaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang kenaikan harga yang berlaku, dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.

“KPDNHEP Johor mengambil maklum akan aduan berkaitan kenaikan harga barangan iaitu ayam dan daging terutamanya di lokasi tumpuan di pasar awam dan pasar basah sejak akhir-akhir ini berikutan sambutan bulan Ramadan.

“Aduan mengenai kenaikan ini dilaporkan berlaku sejak minggu pertama April lagi susulan peningkatan harga mentah jagung mengikut komoditi dunia yang boleh disemak di Chicago Board of Trade (CBOT),” katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata, KPDNHEP Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas semua jenis pasar termasuk pasar basah, pasar awam, pasar tani dan pasar raya yang menjual ayam dan daging.

Menurut beliau, pemeriksaan dibuat dengan memeriksa maklumat harga dan kos barangan di peringkat pembekalan barangan yang terdiri daripada peruncit dan pembekal agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya

Untuk rekod, dari 1 Januari 2021 sehingga 16 April 2021 sebanyak 4,165 premis telah diperiksa membabitkan 3,542 peruncit, 518 pemborong dan 105 pengilang oleh KPDNHEP Johor bagi seluruh daerah di negeri ini. 

Susulan daripada pemeriksaan itu, sebanyak 124 notis mengikut Seksyen 21 AKHAP 2011 dikeluarkan kepada peniaga bagi tujuan siasatan lanjut. 

Sementara itu, Dr Chong berkata, sebagai kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup, pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan harga barangan adalah berpatutan dan stabil. 

“KPDNHEP Johor sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan yang rapi sepanjang masa dalam memastikan kestabilan harga barang di pasaran. 

“Pemeriksaan juga akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian adalah mencukupi bagi rakyat negeri ini,” katanya. 

Peniaga juga jelas Dr Chong, dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala undang-undang perniagaan ditetapkan, dan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga,” katanya.

Bagi peniaga pula, Dr Chong menasihatkan supaya sentiasa mematuhi segala undang-undang perniagaan yang ditetapkan serta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Naik 3 Sen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad