web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terima 15 Laporan Berhubung Penipuan Pelaburan BIA

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 8:17AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menerima sebanyak 15 laporan berkaitan penipuan pelaburan berasaskan minyak dan gas dikenali sebagai Brunei Investment Agency (BIA) melibatkan kerugian lebih RM500,000, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, sindiket tersebut dikesan sejak Oktober tahun lepas sehingga awal April tahun ini dengan kesemua pelabur atau mangsa menerima sebahagian keuntungan wang pelaburan mereka sebelum ditipu.

“Penipuan dikesan oleh mangsa pada 16 April lepas apabila “admin” kumpulan Whatsapp yang diwujudkan telah gagal dihubungi dan tidak memberi maklum balas. Jumlah pelaburan yang dibuat oleh mangsa dianggarkan RM508,005,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa ditawarkan pelaburan serendah RM120 dan tiada had maksimum serta maklumat berkaitan pelaburan itu diberikan sindiket melalui laman sosial Facebook dan satu kumpulan Whatsapp.

Katanya, sindiket itu menawarkan pakej pelaburan jangka pendek yang menjanjikan pulangan dalam tempoh tujuh hingga 40 hari dan pakej jangka panjang dalam tempoh dua bulan hingga empat bulan dengan pulangan 200 peratus.

“Satu kertas siasatan sudah dibuka berhubung kes untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana melakukan penipuan dan suspek yang terlibat masih dikesan,” katanya.

Mohamad Zainal menasihatkan, orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana pelaburan yang ditawarkan melalui laman sosial dan membuat semakan sewajarnya berkenaan latar belakang syarikat, supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.

Sebarang maklumat berkaitan penipuan pelaburan tersebut boleh disalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dang Wangi Kuala Lumpur, di talian 03-2600222 atau “hotline” Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar