web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Rosdy Angkat Sumpah MB Pahang Untuk Penggal Kedua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 12:43PM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang buat penggal kedua hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang buat penggal kedua sehingga tempoh yang diperkenankan. 

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini. 

Turut berangkat Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.  

Wan Rosdy yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang dipilih untuk menerajui pentadbiran negeri Pahang kali pertama pada 15 Mei 2018 bagi menggantikan Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob. 

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Wan Rosdy yang juga Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai buat penggal kelima dengan majoriti 6,983 undi.

Pelantikan Wan Rosdy mendapat perkenan daripada Tengku Hassanal, yang turut berkenan dengan pembentukan kerajaan negeri daripada BN dan Pakatan Harapan (PH), selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRU15. 

Pada pilihan raya itu, BN memperoleh 16 kerusi, kurang satu berbanding Perikatan Nasional (PN) manakala PH memenangi lapan kerusi. 

Terdapat 42 kerusi di DUN Pahang, namun pengundian bagi DUN Tioman ditangguhkan ke 7 Dis ini, ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung. 

Namun, keputusan DUN Tioman itu kelak, juga tidak membolehkan mana-mana parti mendapat majoriti mudah.  - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar