web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 3 Tahun Positif Dadah, Dipercayai Perbuatan Bapa Tiri - Polis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 8:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Polis sedang mengesan bapa tiri yang dipercayai menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun didapati positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata laporan itu diterima daripada doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (Wad Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur) berkaitan ujian air kencing yang dijalankan terhadap kanak-kanak tersebut pada empat hari lepas.

Mohd Fazley berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu dijaga oleh bapa tirinya di Nilai pada 14 April lepas.

“Keesokan harinya, ibu kepada kanak-kanak itu telah membawa anaknya ke hospital untuk mendapat rawatan kerana melihat anaknya berkelakuan aneh dan tidak seperti kebiasaannya.

“Rawatan yang dilakukan di hospital berkenaan mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis Amfetamina dan Methapetamina,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata alamat terakhir lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit pakaian bernama Mohd Faresh Khalid berusia 38 tahun di C-13-7 Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan PT 8413 Jalan 5/4B, Taman Desa Jasmin, Nilai.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 14(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi ASP Md Nurazam Md Ghazali di talian 013-800 5225 dan Pegawai Penyiasat Inspektor Rozainita Aida Mohamed Bakri di talian 011-3333 0025/ Inspektor Normi Hashim (013-694 9623) atau balai polis berhampiran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad