web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Cuti Khas Pada Hari Pengundian Parlimen Padang Serai - MB Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 5:05PM

Muhammad Sanusi Md Nor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Padang Serai, 7 Disember ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri ini.

“Tak dapat dipertimbangkan sebab satu Parlimen saja. Cuti ini ada kuota terhad,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan supaya kerajaan negeri itu mengumumkan cuti khas pada 7 Disember ini bagi memudahkan pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan pengundian diadakan pada hari Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU-15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Disember, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang disahkan bertanding M Karupaiya pada 16 November lepas.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan enam penjuru yang melibatkan calon Pakatan Harapan, BERSATU, Barisan Nasional, PEJUANG, Parti Warisan dan seorang calon Bebas, namun WARISAN kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian tetapi logo parti itu masih akan tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai satu daripada parti yang bertanding. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad