Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pemimpin Negara Arab Ucap Tahniah Kepada Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 11:18AM

Anwar Ibrahim terus menerima ucapan tahniah daripada pemimpin dunia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10, Khamis lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerima ucapan tahniah daripada pemimpin dunia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10, Khamis lalu.

Terkini, ucapan itu dizahirkan beberapa pemimpin negara Arab, termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkotanya, Mohammed Salman yang mendoakan Malaysia terus maju jaya serta makmur di bawah kepimpinan tokoh hebat seperti Anwar.

Ucapan itu diterima Anwar menerusi perutusan dikeluarkan Kementerian Luar Arab Saudi.

“Raja Salman dan Putera Mahkota menzahirkan ucapan tahniah, selamat maju jaya dan doa atas pelantikan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim), selain kemajuan serta kemakmuran bagi rakyat Malaysia.

“Baginda turut mengucapkan selamat maju jaya dan kesejahteraan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri baharu,” menurut perutusan itu.

Bahrain News Agency (BNA) melaporkan, Putera Mahkota dan Perdana Menteri negara berkenaan, Putera Salman Hamad al-Khalifa, memberi ucapan sama diiringi doa agar Anwar mampu membawa rakyat Malaysia ke arah lebih maju serta sejahtera.

Putera Salman Hamad al-Khalifa - Gambar Twitter
Putera Salman Hamad al-Khalifa - Gambar Twitter

Manakala, Qatar News Agensi (QNA) memaklumkan ucapan tahniah daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani serta Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Khalid Khalifa kepada Anwar.

Perdana Menteri Yaman, Dr Maeen Abdulmalik Saeed, turut memberi ucapan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, selain mendoakan kemajuan Malaysia.

“Beliau turut melahirkan harapan agar hubungan persaudaraan antara Yaman dan Malaysia akan terus utuh.

“Selain hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang akan dieratkan demi kepentingan bersama,” katanya.

Dr Maeen Abdulmalik Saeed - Gambar laman web IGC.org
Dr Maeen Abdulmalik Saeed - Gambar laman web IGC.org

Sementara itu, Ketua Biro Politik Hamas di Palestin, Ismail Haniyeh menerusi surat, menzahirkan tahniah kepada Anwar dengan berharap sokongan pemimpin Malaysia itu terhadap perjuangan Palestin akan berterusan, sekali gus mendoakan kejayaan beliau dalam memimpin negara dan perjuangannya untuk memperkasakan Islam serta rakyat.

Ismail Haniyeh - Gambar Fail Bernama
Ismail Haniyeh - Gambar Fail Bernama

“Sambil kami mengucapkan tahniah, kami mengingati dengan penuh bangga akan pendirian anda untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang diberkati.

“Kami berharap dapat meneruskan usaha ini dengan pendirian lebih berani dan tabah sehingga rakyat kami memperoleh hak penuh, negara kami dibebaskan daripada penjajahan kejam serta Palestin yang merdeka diwujudkan dengan Al-Quds sebagai ibu kota kekal,” katanya menerusi surat dikongsikan kepada media Malaysia semalam.

Anwar, 75, secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara kelmarin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. – Getaran, 26 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Luar Negara 1 hari yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

4

Semasa 3 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

Sukan 18 jam yang lalu

KDA FC Langsai Keseluruhan Tunggakan Gaji Pemain, Pegawai

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara