web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 17 Masjid di Kelantan Dibuka

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 10:15PM

Masjid Muhammadi Kota Bharu merupakan salah sebuah daripada 17 masjid yang dibenarkan melaksanakan solat sunat tarawih, Jumaat dan fardhu mulai esok di Kelantan. - Gambar dari MAIK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hanya membenarkan 17 masjid di bandar dan jajahan di Kelantan melaksanakan solat sunat tarawih, Jumaat dan fardu bermula esok, susulan peningkatan kes COVID-19.

Kesemua masjid berkenaan adalah Masjid Muhammadi Kota Bharu; Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian; Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan; Masjid Sultan Muhammad II, Telipot; Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh; Masjid D’raja Long Yunus, Langgar dan Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa.

Majlis Ismaili, Tumpat; Masjid Mahmoodi, Bachok; Masjid Inrahimi, Pasir Puteh; Masjid Sultan Yahya Petra, Machang; Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai; Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang; Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli; Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas; Masjid Ismail Petra, Tanah Merah dan Masjid Bandar An-Nur, Kuala Krai.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan solat Jumaat, fardu dan tarawih di masjid negeri, jajahan dan bandar dibenarkan pada kadar 50 peratus daripada kapasiti masjid selepas penjarakan.

Katanya, semua jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter.

"Aktiviti lain termasuk tazkirah, tadarus al-Quran, iktikaf dan lain-lain adalah tidak dibenarkan.

"Masjid mukim, surau dan musolla di seluruh negeri Kelantan ditutup sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Bagi semua masjid mukim, surau dan musolla ditutup untuk semua aktiviti.

“MAIK berharap kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini,” katanya menerusi di sini, hari ini.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla. 

Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil jika gagal mematuhi SOP ini. 

"Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.

Kelantan hari ini merekodkan 429 kes COVID-19 dan satu kluster baharu. - Getaran, 20 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad