Berita Terkini

11 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dilantik Perdana Menteri: Tokoh Dunia, Delegasi Asing Ucap Tahniah Kepada Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 7:06AM

Anwar Ibrahim semasa sidang media malam tadi - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemimpin agama terkemuka, Dalai Lama menjadi antara tokoh dunia yang menzahirkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Ucapan tahniah dengan tajuk 'Tahniah Anwar Ibrahim' terbabit disampaikan menerusi coretan di blog ‘His Holiness The 14th Dalai Lama Of Tibet’.

“Ini adalah masa yang sangat mencabar. Saya berharap Malaysia akan terus makmur dan menyumbang lebih banyak kepada keamanan dan kestabilan dunia kita yang semakin saling berkaitan.

“Saya doakan anda (Anwar) berjaya dalam menghadapi cabaran mendatang dalam memenuhi harapan dan aspirasi rakyat Malaysia,” katanya.

Tangkapan layar laman blog ‘His Holiness The 14th Dalai Lama Of Tibet
Tangkapan layar laman blog ‘His Holiness The 14th Dalai Lama Of Tibet

Menerusi ucapan sama, Dalai Lama yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan berkongsi kisah dan pengalamannya melawat Malaysia pada tahun 1982.

“Saya berbesar hati melawat negara anda yang indah pada tahun 1982 apabila saya dijemput untuk bercakap mengenai keamanan dan tanggungjawab sejagat.

“Saya juga gembira kerana berpeluang bertukar pandangan dengan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin,” jelasnya.

Selain itu, Anwar menerima panggilan tahniah daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas dilantik ke jawatan berkenaan semalam.

Dalam perbualan kira-kira 10 minit itu, Anwar turut melahirkan harapan agar Malaysia dan Turki dapat mengeratkan hubungan serta kerjasama, membabitkan pelbagai bidang, termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan.

Anwar menerima panggilan tahniah daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Anwar menerima panggilan tahniah daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu atas pelantikannya menerajui negara.

“Tahniah saya ucapkan atas kemenangan anda dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya menerusi perutusan tahniah itu yang turut dilampirkan kepada media di sini.

Lee berkata, beliau tidak sabar untuk bertemu Anwar bagi membincangkan isu semasa dihadapi kedua-dua negara dan bagaimana kedua-dua negara boleh terus memajukan hubungan dua hala.

Lee berkata, jawatan Perdana Menteri dipikul Anwar ketika ‘persekitaran serantau dan global’ berdepan cabaran, sangat ketara.

“Sebagai jiran dan rakan rapat, Singapura serta Malaysia harus bekerjasama untuk menguruskan cabaran ini dan meneroka peluang kerjasama baharu,” katanya.

Pada masa sama, beberapa perwakilan asing di negara ini menghantar ucapan tahniah kepada Anwar.

Mesej tahniah pertama diterima beliau daripada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters, sejurus mengangkat sumpah pada jam 5.06 petang.

“Tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pemilihan sebagai Perdana Menteri Ke-10. Kedutaan AS Kuala Lumpur berharap untuk terus mengukuhkan perkongsian strategik AS-Malaysia di bawah kepimpinan anda,” menurut mesej disiarkan di Twitter rasmi Kedutaan AS.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee menerusi Twitter turut menghantar mesej ucapan tahniah kepada Anwar dengan memuat naik gambar beliau bersama Presiden PKR itu.

“Tahniah kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10! Australia dan Malaysia adalah kawan paling rapat. Suruhanjaya Tinggi Australia berharap dapat bekerjasama dengan pasukan anda di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif kami,” ciapnya.

Manakala, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko ketika mengucapkan tahniah kepada Anwar berkata, beliau amat berharap kerajaan baharu akan mampu memimpin negara dalam perpaduan dan seterusnya mempromosi hubungan kedua-dua pihak.

“Tahniah kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim @anwaribrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10,” katanya.

Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, menjadi ketua negara pertama mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikan ke jawatan itu.

Ucapan tahniah berkenaan dizahirkan menerusi panggilan telefon dan video perbualan mereka itu dikongsikan Anwar melalui hantaran Facebook.

“Terima kasih Presiden Indonesia Bapak Joko Widodo yang menjadi kepala negara pertama yang menghubungi saya mengucapkan tahniah.

“Saya tegaskan Indonesia merupakan sahabat sejati Malaysia dan saya mengharapkan hubungan dagang serta perniagaan, pelaburan, budaya dan isu pekerja dapat dipertingkatkan. Persahabatan kedua-dua semestinya diperkukuh,” katanya.

Menerusi panggilan selama 15 minit itu, Jokowi memaklumkan bahawa beliau terus menghubungi Anwar sebaik mengetahui pemimpin berkenaan sudah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Anwar, 75, secara rasmi dilantik Perdana Menteri Ke-10, selepas mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Sebelumnya, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Keputusan tersebut diumumkan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, setelah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda memberi perkenan terbabit.

Menurutnya, ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 35 minit yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Lelaki Ditahan Disyaki Terbabit Samun Penuntut IPT

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Rakam Keterangan Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo Esok

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

Luar Negara 18 jam yang lalu

1.7 Juta Penduduk Palestin Hilang Tempat Tinggal Angkara Israel