web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Penumpang Melebihi Had, Lima Lelaki Dikenakan Kompaun

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 1:58PM

5 lelaki berdepan kompaun RM10,000 selepas didakwa melanggar arahan SOP di Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Gara-gara berada dalam kereta melebihi jumlah dibenarkan, lima lelaki berdepan kompaun RM10,000 selepas didakwa melanggar arahan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Jalan Utara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, semua lelaki berkenaan berusia 22 hingga 37 tahun itu, ditahan ketika melalui pemeriksaan Sekatan Jalan Raya (SJR), dengan menaiki sebuah pacuan empat roda.

"Mereka juga gagal mengemukakan alasan munasabah untuk keluar beramai-ramai.

"Sebanyak lima kompaun dikenakan mengikut Peraturan 5(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020 kerana tidak mematuhi arahan PKP," katanya.

Terdahulu, dalam operasi berasingan, polis mengeluarkan tiga kompaun masing-masing bernilai RM2,000 kepada pemandu dan penumpang selepas mendapati kenderaan perdagangan itu dinaiki melebihi had ditetapkan di Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna, semalam.

"Seramai tujuh individu dikesan menaiki sebuah kenderaan jenis MPV seramai tujuh orang dan ini jelas menyalahi peraturan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu dua orang dalam kenderaan persendirian, manakala separuh kapasiti bagi kenderaan perdagangan.

"Bagi kes ini, kapasiti penumpang yang dibenarkan adalah seramai empat orang sahaja," katanya. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Pertimbang Tambah Kenderaan Layak Terima Subsidi Diesel – Armizan

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad