web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perangi COVID-19, Negara Perlu Jeneral Perang Baharu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 6:57PM

Mohamed Khaled Nordin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak pandemik COVID-19 dikesan di Malaysia, kes membabitkan penyakit itu terus menular, malah semakin menunjukkan peningkatan kebelakangan ini.

Perkembangan membimbangkan itu jelas memerlukan perhatian yang bukan sedikit, apatah lagi apabila ia berkait rapat dengan keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat.

Menyedari senario semasa dan situasi yang dilihat semakin parah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa kerajaan melantik seorang 'jeneral perang' bagi mengepalai jentera menentang COVID-19, sekali gus merangka pendekatan baharu dalam membendung penularan wabak.

Mengakui Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sudah memberikan yang terbaik, beliau bagaimanapun berkata, kapasiti merawat pesakit COVID-19 hampir mencecah tahap maksimum, sedangkan bilangan kes terus meningkat.

"Saya melihat ramai yang terkesan dengan pandemik ini, khususnya rakyat yang kehilangan punca pendapatan, malah sistem kesihatan awam juga semakin kritikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor menarik perhatian, Malaysia berdepan kesukaran untuk merawat pesakit COVID-19 susulan bilangan mereka yang semakin mencecah kapasiti maksimum, sekali gus menjadi satu beban besar kepada petugas sektor kesihatan.

"Petugas barisan hadapan ini bukan sahaja terpaksa menggalas tanggungjawab sebegini berat, malah pada masa sama, terpaksa berpuas hati dengan bayaran yang tidak memuaskan.

“Sekiranya tiada perancangan strategik untuk institusi perubatan dalam menangani virus ini, kita bimbang akan wujud risiko yang lebih besar pada masa akan datang," katanya.

Khaled berkata, beliau tidak bermaksud untuk memperkecil atau menafikan jasa Dr Noor Hisham dalam mengepalai jentera kesihatan negara, yang sejak sekian lama, bertugas tanpa mengenal erti jemu.

Isu COVID-19 bagaimanapun katanya, bukan lagi berkisar dari sudut perubatan dan kesihatan semata-mata, kerana realitinya, ia sudah jauh melangkaui semua itu.

"Atas faktor ini, saya melihat wujud keperluan untuk kerajaan melantik seorang 'jeneral baharu' agar krisis berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin dengan kerjasama setiap kementerian.

"Sudah tiba masanya COVID-19 ini diangkat sebagai isu nasional dan bukan lagi sekadar satu polemik kesihatan. Justeru, semua kementerian ini tidak lagi boleh bergerak secara solo, sebaliknya menggembleng tenaga untuk sama-sama mendatarkan lengkungan jangkitan," katanya. - Getaran, 2 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad