web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Video Tak Sensitif, KPDNHEP Terima Kecaman Ramai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2021 5:10PM

Iklan KPDNHEP yang memaparkan pembeli membeli penuh bakul dianggap sebagai tidak sensitif dan gagal menjaga perasaan rakyat terutama ketika negara dilanda pandemik. - Gambar dari media sosial.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara menasihati rakyat untuk tidak membazir ketika berbelanja, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menerima kecaman di media sosial.

Menerusi satu video pesanan khidmat masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjadi kritikan ramai, apabila dikatakan gagal menjaga perasaan rakyat yang kesempitan wang dek pandemik COVID-19.

Antara yang dilihat lantang mengecam video berkenaan adalah Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Menurut beliau, video yang memaparkan beberapa individu membeli belah dengan troli dipenuhi barang dapur dan keperluan asas itu nyata tidak peka dengan penderitaan ditanggung rakyat ketika ini.

“Kerajaan PN tidak sensitif terhadap derita rakyat. Tidak mendengar, tidak memahami dan tidak peduli. Rakyat dah tak ada duit nak belanja tapi video macam ini yang nak dipromo. #KerajaanGagal,” kata Yeoh dalam ciapannya.

Pendapat disuarakan Yeoh itu turut dipersetujui beberapa pengguna lain.

“Betul-betul keliru. Yang “lebih-lebih” adalah kementerian yang biarkan harga naik melambung atau rakyat yang terpaksa keluar duit lebih  bayar harga naik melambung?” ciap seorang pengguna yang digelar Saudagar Biskut.

https://twitter.com/basiir007

Seorang lagi pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Ema berkata, sejak sekian lama rakyat terpaksa melupakan keperluan harian  jenis mewah, seperti makanan laut.

“Mereka tak pernah pergi ke kedai runcit. [Mereka] makan daging wagyu. Saya dapat beli daging, ikan tenggiri, udang dan sotong masa kerajaan Pakatan Harapan (PH), tapi sekarang dah TAK BELI sebab berjimat. Ini adalah fakta ya. #KerajaanGagal,” kata Ema.

https://twitter.com/KucinSuzzy

Roziyanti Abdul Rahman pula berkata, kesusahan rakyat ini jelas tidak dirasai golongan pemimpin yang menghasilkan pendapatan lumayan setiap bulan.

“Rakyat dah sehabis daya berjimat. Ingat rakyat gaji puluh ribu ke? Menteri gaji puluh ribu bolehlah sembang,” herdik seorang lagi pengguna Twitter, Roziyanti Abdul Rahman.

https://twitter.com/ZieSarah

Ada juga kalangan pengguna itu yang mempersoalkan fokus KPDNHEP dalam hal membabitkan kepenggunaan kerana kementerian terbabit sewajarnya lebih memberi tumpuan kepada isu lebih kritikal seperti kenaikan harga barangan menjelang musim perayaan.

“Apa gunanya kerajaan jika ia tidak mampu mengawal dan menstabilkan harga barang makanan dan runcit? Bukankah benda-benda ini penting untuk kelangsungan hidup?” soal Pak Jon Wan Lebay.

https://twitter.com/Johnfis4

Baru-baru ini harga barang runcit didapati naik mendadak, terutamanya ayam mentah yang dijual di sesetengah pasar awam, dengan harga mencecah RM9.50 sekilogram. – Getaran, 19 April, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad