Berita Terkini

14 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 14 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 14 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 14 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 14 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Mulakan Operasi Secara Rasmi, Hospital Cyberjaya Tawar Kepakaran Geriatrik

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 8:21PM

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (tiga, kanan) melawat pesakit ketika hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya hari ini - Gambar Facebook Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Hospital Cyberjaya yang beroperasi secara rasmi hari ini berupaya mengurangkan masa menunggu serta kesesakan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengoperasian hospital tersebut bakal memberi manfaat kepada kira-kira 282,000 penduduk di daerah Sepang dan kawasan sekitar.

“Insya-Allah dengan bermulanya pengoperasian hospital ini bukan sahaja akan dapat memberikan manfaat kepada penduduk sekitar, tetapi turut mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di fasiliti kesihatan berhampiran iaitu Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pengoperasian Hospital Cyberjaya di sini, hari ini.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Menurut Khairy, kerajaan pada awalnya bersetuju hospital ini akan dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan sewaan, namun ia dioperasikan sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Antara sebab menswastakan hospital ini adalah penduduk di sini kebanyakannya M40, penduduk dilihat mampu membayar kos rawatan di hospital swasta.

“Namun bukan semua M40. Saya minta kerajaan kaji semula. Ia harus dijadikan hospital awam. Saya nak semua penduduk di sini mendapat rawatan di hospital awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain 14 bidang kepakaran sedia ada, Hospital Cyberjaya turut menyediakan perkhidmatan pakar geriatrik dan rawatan psikiatri atas permintaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kita telah mengenal pasti 14 kepakaran dan sub kepakaran. Pagi tadi saya bincang dengan Datuk Dr Sha’ari Ngadiman (Pengarah Kesihatan Negeri Selangor), kita tambah satu lagi kepakaran di Hospital Cyberjaya iaitu penjagaan geriatrik.

“Ini adalah satu permintaan khusus Sultan Selangor, sewaktu saya menghadap baginda. Baginda menitahkan Hospital Cyberjaya dikekalkan sebagai hospital awam dan ditambah perkhidmatan geriatrik disebabkan masyarakat menua tidak lama lagi dan rawatan psikiatri pula disebabkan keprihatinan tuanku tentang kesihatan mental,” katanya.

Pada peringkat awal pengoperasian, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anestesiologi, Jabatan Pediatrik serta Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
Pada peringkat awal pengoperasian, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anestesiologi, Jabatan Pediatrik serta Jabatan Obstetrik dan Ginekologi

Empat belas bidang kepakaran dan perkhidmatan kesihatan yang turut ditawarkan ialah perkhidmatan kecemasan, perubatan am, pembedahan am, Obstetrik & Ginekologi (O&G), pediatrik, ortopedik, anestesiologi, oftalmologi, otorinolaringologi, radiologi, patologi, psikiatri dan kesihatan mental, rehabilitasi dan pergigian.

Selain itu, Hospital Cyberjaya juga menyediakan perkhidmatan audiologi bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa termasuk ujian saringan pendengaran dan ujian diagnostik.

Ia juga disokong peralatan dan teknologi canggih selain dilengkapi 288 katil, blok kecemasan dan juga kemudahan 1,006 parkir termasuk 790 di parkir bertingkat.

Pada 11 Oktober lalu, Khairy mengumumkan Hospital Cyberjaya akan beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah KKM.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Oktober lalu, dengan pengoperasian hospital diadakan secara berperingkat bermula hari ini.

Katanya pada peringkat awal pengoperasian, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anestesiologi, Jabatan Pediatrik serta Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Hospital itu dibangunkan atas tapak berkeluasan 5.203 hektar dan mula dibina pada 15 Ogos 2017 dengan ketinggian sembilan tingkat.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, KKM telah mengenal pasti empat kes melibatkan warganegara di pusat pemindahan sementara (PPS) dekat Dewan Orang Ramai Kampung Budiman, Klang dan kesemua mereka telah diisolasi.

Katanya, mangsa banjir juga tidak diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum memasuki PPS dan akan diasingkan jika bergejala dan didapati positif COVID-19. – Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Cadangan Mrsm Berbayar, Kos Haji Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

2

Semasa 3 hari yang lalu

Kakitangan Hospital Didakwa Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

3

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Disyaki Pukul Pekerja Kedai Nasi Kandar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Perkenal Program Hospital Pelancongan Perubatan Perdana

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Tindakan Undang-Undang Bukan Penyelesaian Tunggal Isu Keciciran Pelajar

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Ras Adiba Azam Terus Perjuangkan, Perkasakan Komuniti OKU

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Zahirkan Komitmen Dalam Pengurusan Air Pada Persidangan Air PBB 2023

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Murid Perempuan 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah