web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kematian Pelakon Sambilan Akibat Jatuh Dari Tingkat 22 – Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 4:02PM

Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kematian seorang pelakon sambilan di Taman Iskandar, Johor, semalam disahkan akibat terjatuh dari tingkat 22 pangsapuri didiaminya.

Ketua Polis Daerah Johor Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati mangsa ialah seorang wanita tempatan berusia 26 tahun yang turut bergiat sebagai pelakon sambilan.

“Punca kematian adalah kerana jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HAS)," katanya hari ini.

Gambar Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan
Gambar Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan

Raub yang tidak memberikan sebarang info lanjut berkata, polis meminta bantuan saksi yang melihat kejadian itu untuk menghubungi Balai Polis Taman Pelangi bagi menyalurkan maklumat.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808,” katanya.

Kematian pelakon dipercayai Syazlin Zainal itu diketahui semalam, selepas rakan baiknya dikenali sebagai Zeatyalia memuat naik berita menyedihkan itu di akaun Instagram.

Syazlin Zainal
Syazlin Zainal

Dalam hantaran tersebut, beliau turut merayu kerjasama orang ramai agar memberikan ruang dan privasi buat keluarga Allahyarham.

Semakan di media sosial mendapati, jenazah pelakon terbabit dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga dekat Johor Bahru.

Allahyarham Syazlin pernah membintangi beberapa drama seperti 'Oh My Hantaran', 'Takdir Yang Tertunda', 'Potong', 'Dia Yang Ku Jadikan Suami' dan 'Ada Yang Ngikut'. - Getaran, 11 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Semasa 5 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

4

Semasa 5 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad