web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Promosi Judi: Polis Buru Sindiket Utama

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 3:29PM

Datuk Saifuddin Abdullah (dua, kanan) berbincang bersama (dari kiri) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Datuk Dev Kumar selepas sidang media di KKMM hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat memburu sindiket utama yang menggajikan syarikat produksi untuk pembikinan dua video hari raya, yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata siasatan awal mendapati dua video mempromosi perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial itu adalah daripada produksi yang sama.

“Kita akan kesan siapa syarikat yang gajikan syarikat produksi ini untuk menerbitkan kedua-dua video tersebut.

“Setakat ini, kita hanya tahan penerbit dan para pelakon. Mereka adalah pengantara dan selepas itu barulah kita boleh dapatkan sindiket atau individu yang bertanggungjawab terlibat dengan syarikat produksi ini untuk menerbitkan video tersebut,” katanya dalam sidang media mengenai iklan promosi judi bertemakan Aidilfitri di sini hari ini.

Turut serta ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Dev berkata setakat ini, 13 individu termasuk penerbit dan pelakon telah ditahan bagi membantu siasatan pembikinan kedua-dua video yang mempromosikan judi dalam talian itu. 

Sembilan individu ditahan selepas video pertama tular manakala empat lagi ditahan selepas video kedua dikeluarkan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun.

Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, katanya.

Sementara itu, Fadhlullah berkata tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati masih berdegil dengan memuat naik video tersebut di mana-mana platform media sosial untuk apa-apa tujuan tertentu.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan semula kedua-dua video tersebut kerana ia bukanlah satu kandungan yang baik,” katanya.

Sejak Jumaat, tular dalam media sosial mengenai penyiaran iklan yang mengajak umat Islam di dalam negara berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Aidilfitri, dan MCMC sedang menggiat usaha menurunkan kandungan berkenaan dengan kerjasama penyedia platform seperti Facebook, Twitter dan YouTube. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad