web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aidilfitri Bakal Menjelang, Awas Scammer Kuih Raya

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 10:23AM

Datuk Ayob Khan - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menjelang Aidilfitri, muncul pula penipuan program perniagaan jualan kuih raya yang dikesan berlaku di negeri ini.

Ia berikutan laporan polis dibuat seorang mangsa, selepas didakwa tertipu dengan tawaran peluang perniagaan jualan kuih raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah menerima tiga laporan polis berhubung modus operandi yang sama.

“Pada 23 Mac 2021, kira-kira 4.45 petang, satu laporan polis dibuat seorang wanita di Balai Polis Kulai yang mendakwa telah ditawarkan peluang perniagaan jualan kuih raya dengan modal serendah RM500 pada 2 Disember 2020.

“Mangsa turut dijanjikan akan menerima modal tambahan berjumlah RM1,500 dan mendapat 1,600 balang kuih raya untuk dipasarkan ke luar negara.

“Tertarik dengan tawaran berkenaan, mangsa telah memasukkan wang RM500 ke dalam akaun bank milik suspek,” katanya.

Ayob Khan berkata, mangsa kemudian bertemu suspek di Dewan Muhibbah, Kulai pada 11 Disember 2020, yang turut disertai beberapa mangsa lain.

Menurut beliau, ketika perjumpaan, mangsa dikehendaki membuat pembayaran tambahan bagi modal membeli kelengkapan, sedangkan perkara itu tidak pernah dinyatakan oleh suspek.

Mangsa juga jelas Ayob Khan, masih tidak menerima wang tambahan berjumlah RM1,500 yang dijanjikan sebelum itu, sehingga hari laporan polis dibuat.

“Sebanyak tiga laporan polis membabitkan modus operandi yang sama telah dibuat di Balai Polis Kulai.

“Oleh itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pesalah boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya.

Pada masa sama, Ayob Khan menasihatkan orang ramai dan masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan tawaran perniagaan yang tidak masuk akal, semata-mata inginkan keuntungan berlipat kali ganda dengan mudah.

“Sayangi duit anda dengan tidak sewenang-wenangnya memasukkan wang ke dalam akaun individu atau syarikat yang tidak dikenali.

“Kita telah terima banyak panggilan telefon tentang kes ini. Oleh itu, kita mahu mana-mana individu atau mangsa yang terbabit dengan kes ini tampil membuat laporan polis untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya. - Getaran, 18 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad