web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berita 757 Jadi Mangsa Manipulasi Politik - Awesome TV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2022 7:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berita 757 terbitan Awesome TV yang disiarkan pada 4 November lalu didakwa menjadi mangsa manipulasi politik pihak tertentu.

Jurucakap syarikat berkenaan berkata, ia dimanipulasikan oleh pihak yang tidak menyokong agenda berasaskan Bumiputera.

Berikut ialah kenyataan penuh Awesome TV :

Berita 7:57 di bawah naungan Awesome TV baru-baru ini, pada 4 November 2022, membuat liputan perihal kajian pengundi untuk Pilihanraya Umum ke-15 (“PRU-15”) yang akan berlangsung pada 19 November 2022 kelak.

Mengikut kajian tersebut, dipercayai kaum Bumiputera masih lemau dalam usaha untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi dan rakyat Malaysia.

Justeru itu, Berita 7:57 menyaran kaum Bumiputera untuk mengundi supaya Kerajaan yang dipilih kelak adalah Kerajaan yang tidak menindas kepentingan Bumiputera.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang berkepentingan politik, khususnya yang tidak menyokong agenda Bumiputera, telah memanipulasikan tujuan Berita 7:57 sebagai berunsur perkauman di pelbagai platform media.

Pihak Awesome TV menganggap manipulasi ini adalah berniat jahat terhadap Awesome TV yang bertujuan untuk memupuk rakyat supaya bertanggungjawab dalam hal pengundian.

Dalam pada itu, pihak-pihak tersebut juga telah memberi laporan palsu di mana mereka menamakan Astro dan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) sebagai pelabur untuk Awesome TV.

Kedua-dua entiti tersebut bukan pelabur di Awesome TV dan tidak ada penglibatan di dalam pengurusan dan pembikinan kandungan atau berita di Awesome TV.

Awesome TV adalah milikan penuh syarikat persendirian Awesome Media Network Sdn Bhd dan Awesome Broadcasting Sdn Bhd.

Dipercayai bahawa maklumat salah oleh pihak-pihak tersebut mungkin diambil dari sumber yang tidak boleh dipercayai seperti Wikipedia.

Sekali lagi, Awesome TV ingin menekankan bahawa jika rakyat Malaysia tidak mengundi, khususnya kaum Bumiputera, maka risiko pemilihan Kerajaan yang tidak akan menjaga kebajikan mereka adalah ketara. - Getaran, 7 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad