web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

Peguam yang mewakili Ayu Puteh, Zahrin berkata permohonan turut dibuat untuk menghalang defendan iaitu Awesome TV daripada cuba memindahkan prosiding ke Mahkamah Tinggi, untuk cuba mendapatkan tuntutan yang tidak munasabah itu. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 4:05PM

Zahrin Ishak (kiri) dan Ayu Puteh

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peguam yang mewakili produser drama dan filem, Datuk Ayu Puteh dalam kes saman terhadap Awesome TV, Zahrin Ishak memaklumkan pihaknya kini di dalam proses untuk memohon bagi membatalkan tuntutan balas sebanyak RM142 juta daripada stesen penyiaran tersebut di mahkamah, atas sebab ia adalah tuntutan mala fide (berniat jahat).

Menurut Zahrin, permohonan turut dibuat untuk menghalang defendan iaitu Awesome TV daripada cuba memindahkan prosiding ke Mahkamah Tinggi, untuk cuba mendapatkan tuntutan yang tidak munasabah itu. 

Zahrin, dari Tetuan Zahrin Emrad Sujaihah juga berpendapat Awesome TV cuba untuk membuat tuntutan balas mereka di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Kes ditetapkan untuk pendengaran permohonan pada 22 Jun ini.

“Datuk Ayu sebelum ini sudah membuat tuntutan saman terhadap Awesome TV kerana gagal membayar RM704,000 untuk siri drama 26 episod ‘Di Sebalik Dia’ yang dibekalkan kepada stesen TV tersebut menerusi syarikat produksinya, Pencil Pictures & Records dan ia sudah pun ditayangkan. 

''Jadi bila kita buat tuntutan pada Awesome TV, pihak mereka membuat tuntutan balas mengatakan Datuk Ayu menghantar kurang daripada dua episod, namun pihak Datuk Ayu sudah pun maklumkan secara bertulis kepada mereka tentang kekurangan dua episod itu yang mana ia dilakukan untuk memantapkan kandungan penerbitan siri drama tersebut. 

“Tapi apabila pihak mereka (Awesome TV) membuat tuntutan balas sebanyak RM142 juta atas alasan Datk Ayu gagal menyiapkan dua lagi episod siri drama berkenaan, ia memang tidak masuk akal kerana ia melebihi jumlah bayaran untuk keseluruhan drama yang dibeli. 

“Walhal, Datuk Ayu sudah pun selesai menyiapkan siri drama tersebut, sudah memberikan justifikasi tentang 26 episod yang dihasilkan berbanding 28 episod, dan Awesome TV juga sudah pun menayangkannya,” katanya. 

Jelas Zahrin lagi, apabila sesuatu produk kandungan TV yang dihantar dan Awesome TV telah menayangkan rancangan tersebut maka ia bermakna tugas Ayu sebagai penerbit yang membekalkan produk berkenaan sudah selesai. 

“Sewaktu Datuk Ayu memaklumkan tentang justifikasi siri drama tersebut menjadi 26 episod berbanding 28 episod, mereka tidak bagi sebarang maklum balas sama ada setuju atau tidak. Bahkan, mereka  sudah pun siarkan . 

“Jadi, kenapa hendak tuntut tentang kelewatan menyelesaikan tugasan menerbitkan sri daram tersebut. Apabila anda sudah menayangkan sesuatu produk kandungan TV, bermakna anda menerimanya tanpa sebarang bantahan. 

“Mengapa bila sudah tayang, baru hendak protes. Itu memang tidak masuk akal dan itu yang cuba Datuk Ayu ketengahkan dalam isu saman ini,” katanya lagi. - Getaran, 21 Jun 2023 






 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang