web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggap Kemelut Yang Menimpa Awesome TV Satu Kifarah - Azwan Ali Bengang Bintang Lagenda Norlia Ghani Diperlekehkan

Menurut Azwan lagi, sebelum ini dia puas menelan segala kecaman apabila dirinya disingkirkan daripada program Mic On! terbitan produksi stesen TV tersebut pada 2021. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 2:10PM

Azwan Ali atau Diva AA - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA menganggap kemelut yang menimpa sebuah stesen televisyen, Awesome TV susulan kegagalan membuat bayaran kepada beberapa produser dan artis adalah suatu karma atau kifarah. 

“Sejak awal pagi semalam, Diva AA telah menerima berbilion mesej WhatsApp daripada peminat-peminat berkenaan stesen TV berkenaan yang tergamak tidak menyelesaikan bayaran job lakonan bintang lagenda seperti Norlia Ghani. 

“Peminat beritahu, benarlah apa yang Diva AA dakwa sebelum ini dengan maki hamun terhadap stesen TV tersebut. Akhirnya terserlah jua kebenaran. 

“Sebelum ini, Diva AA memang ada terbaca kisah stesen TV ini gagal melunaskan bayaran seorang produser drama dan seorang pelawak, tapi bila saya dapat tahu Norlia Ghani juga diperlakukan sebegitu, Diva AA adi marah. Sebab dia bintang legenda. Tolong hormat bintang legenda. Dia hanya meraih pendapatan menerusi kerja lakonan.

“Norlia telah berlakon berpuluh-puluh produksi dengan Diva AA. Tak pernah jadi masalah. Kasihan bintang legenda seperti Norlia Ghani diperlekehkan sebegitu. Orang dah bagi kudrat, bayarlah,” jelas Azwan Ali ketika dihubungi Getaran. 

Azwan menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai satu kifarah.
Azwan menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai satu kifarah.

Menurut Azwan lagi, sebelum ini dia puas menelan segala kecaman apabila dirinya disingkirkan daripada program Mic On! terbitan produksi stesen TV tersebut pada 2021. 

“Ramai cakap yang Diva AA ini tak hargai kerja yang diberikan stesen TV berkenaan, sedangkan mereka tak tahu pun kejadian sebenar di sebalik penyingkiran tersebut. Jadi sekarang ini, eksklusif untuk Getaran, Diva AA akan dedahkan perkara sebenarnya mengapa Diva AA disingkirkan. 

“Apa yang berlaku sebenar-benarnya adalah disebabkan Diva AA telah memaki hamun seorang datin berpengaruh di stesen TV tersebut yang asyik menganggu kerja-kerja rakaman di mana ketika itu Diva AA telah bertindak sebagai hos bergandingan dengan Datuk Rosyam Nor. 

“Tiba masa stesen TV yang tidak bertanggungjawab itu berani mati memberitahu wartawan kononnya Diva AA tidak berdisiplin dan ia menjadi punca Diva AA disingkirkan. Padahal, datin itu yang sibuk menganggu kerja rakaman dan Diva AA telah memakinya secara ‘live’ menggunakan mikrofon,” katanya tanpa berselindung. 

Jelas Azwan lagi, selain daripada isu penyingkirannya, isunya menuntut bayaran penuh daripada stesen TV tersebut juga menjadi viral. 

“Malangnya bayaran job Diva AA diperlekehkan selama berbulan-bulan sehingga Diva AA terpaksa mendedahkan wajah pengurusan stesen TV tersebut dalam FB. Dan pada petang yang sama, barulah stesen TV tersebut mengelupur membuat bayaran. 

“Masa itu, Diva AA memang dikecam oleh mereka yang tidak tahu cerita sebenar. Akhirnya selepas dua bulan kes DIVA AA berlalu, baru orang faham dan rentetan daripada maki hamun Diva AA terhadap stesen TV tersebut, ramai yang mula ke depan dan bersuara menuntut bayaran mereka,” katanya. 

Jelas Azwan lagi selain daripada isu penyingkirannya, isunya menuntut bayaran penuh daripada stesen TV tersebut juga menjadi viral. 
Jelas Azwan lagi selain daripada isu penyingkirannya, isunya menuntut bayaran penuh daripada stesen TV tersebut juga menjadi viral. 

Mengulas mengenai isu denda sebanyak RM250,000 yang dikenakan ke atas Awesome TV atas pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah serta termasuk status kewangan stesen TV tersebut, Azwan mengakui, berasa cukup gembira apabila membaca laporan tersebut. 

“Diva AA membaca laporan tersebut sebanyak dua kali dan ia jelas dilaporkan secara terperinci dan saya pasti pihak The Vibes and Getaran telah mendapatkan segala bukti yang sahih. 

“Padankan muka (mereka). Pedajal Diva AA lagi. Kau boleh singkirkan Diva AA sebelum nih. Apa yang berlaku sebelum ini berlaku sekarang (what goes around comes around).  Sekarang ini, kau yang membungkus,” katanya yang meraikan berita itu dengan menari disko sebanyak 13 lagu di kediaman banglonya. 

Azwan ali juga sempat menitipkan pesanan untuk rakan-rakan artis terhadap isu bayaran melibatkan Awesome TV ini. 

“Artis-artis yang disegani Diva AA berpesan , jangan  sesekali amik job dengan stesen tv berkenaan kecuali artis sangkak negara,” katanya. – Getaran, 25 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Peguam Datuk Ayu Puteh Memohon Membatalkan Tuntutan Balas Awesome TV Sebanyak RM142 Juta Di Mahkamah 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 10 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...