web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 1:41PM

Notis penggantungan Awesome TV yang dimuat naik oleh MYTV di Facebook - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) Sdn Bhd untuk menggantung saluran Awesome TV disifatkan sebagai tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, Awesome TV masih menunggu keputusan permohonan semakan di Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, keputusan berhubung permohonan itu masih belum diperoleh sehingga kini.

“Awesome TV turut memfailkan rayuan kepada tribunal rayuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dan masih menunggu keputusan,” katanya.

Adam Ilyas - Gambar fail
Adam Ilyas - Gambar fail

Tegas beliau, perkara tersebut masih di peringkat mahkamah dan sedang menunggu keputusan akhir.

“Justeru, tindakan MYTV Sdn Bhd untuk menggantung Awesome TV adalah tidak beretika serta menyalahi undang-undang,” katanya.

MYTV di laman Facebook rasmi dua hari lalu mengumumkan penggantungan siaran Awesome TV menerusi saluran 112 di platform MYTV mulai jam 12.01 tengah malam tadi. 

Syarikat sama pada 19 Oktober tahun lepas mengumumkan perkara sama ke atas Awesome TV, berkuatkuasa 2 November.

Memetik isu pembayaran fi akses sebagai faktor utama, jurucakap MYTV memberitahu,  pelbagai usaha telah dilakukan kedua-dua pihak namun tidak bertemu jalan penyelesaian.

"Keputusan penggantungan berkuat kuasa 2 November 2023 dicapai disebabkan isu komersial berterusan di antara MYTV dan Awesome TV walaupun pelbagai usaha dilakukan di antara kedua-dua pihak untuk menyelesaikannya.

"Penggantungan Awesome TV ini amat dikesali dan kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua penonton," katanya. - Getaran, 26 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Selepas Iskandar Dzulkarnain, BERSATU Gantung Suhaili Pula

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Faktor Masa Punca Awesome TV Digugurkan Daripada Perbarisan Hari Kebangsaan - Fahmi

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohamad Faisal Digantung 4 Bulan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang