web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Iskandar Dzulkarnain, BERSATU Gantung Suhaili Pula

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 10:51PM

Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, BERSATU mengambil tindakan sama ke atas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penggantungan berkenaan adalah bagi tempoh enam tahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, hari ini.

Hamzah Zainuddin - gambar fail
Hamzah Zainuddin - gambar fail

Menurut beliau, tindakan tersebut diputuskan Jawatankuasa Lembaga Disiplin BERSATU yang bersidang hari ini.

“Bukti dokumentasi termasuk kenyataan media dibuat Suhaili pada 30 Oktober lalu membuktikan bahawa Ketua BERSATU Wilayah Persekutuan itu bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan BERSATU.

“Kami telah meneliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga kenyataan media dibuat beliau,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Larut itu, parti menggunakan kuasa di bawah Fasal 22.5 (c) Perlembagaan BERSATU untuk memutuskan hukuman berkenaan.

Terdahulu, parti terbabit menggantung keahlian Iskandar Dzulkarnain selama empat tahun, berkuatkuasa 3 November lalu.

Kedua-dua mereka sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjadikan kebajikan pengundi dan masyarakat setempat sebagai factor utama, mereka turut mengisytiharkan sokongan terhadap segala dasar dan keputusan dibuat Kerajaan. – Getaran, 7 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad