web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDNHEP Keluarkan Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 8:30AM

Kebanyakan peniaga menjual ayam pada harga antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram ketika tinjauan di Pasar Chow Kit semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak awal bulan Ramadan.

Malah, terdapat juga badan bukan kerajaan yang menggesa pihak berkuasa, agar segera campur tangan kerana kenaikan harga ayam itu membebankan pelbagai pihak.

Di JOHOR, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, mengeluarkan 26 notis terhadap 20 peniaga runcit dan enam pemborong ayam di sekitar pasar awam di bandar raya Johor Bahru, hasil pemeriksaan ekoran terdapat aduan berlaku kenaikan harga ayam.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full berkata, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, menerusi pemeriksaan sejak hari pertama Ramadan.

Sementara itu Pengarah KPDNHEP Melaka Norena Jaafar ketika dihubungi berkata, setakat ini dua notis dikeluarkan ke atas peniaga dan pengeluar ayam di negeri berkenaan.

“Mereka diberi masa tiga dan lima hari untuk kemukakan dokumen. Sekiranya ada elemen pencatutan, mereka akan dikompaun di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Bagi pengguna, jangan bimbang kerana pemantauan dibuat setiap hari, dan sekiranya ada aduan segera berhubung dengan kami,” katanya.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Melaka mendapati rata-rata ayam dijual pada harga sekitar RM9.50 sekilogram, menyebabkan pengguna mengeluh dengan harga tersebut yang dianggap terlalu mahal.

Seorang peniaga Hamzah Othman, 57, berkata, tidak pernah dalam sejarah 30 tahun berniaga ayam beliau terpaksa menjual dengan harga semahal itu, namun tiada pilihan apabila pembekal sendiri menetapkan harga yang sudah tinggi.

“Ada pembekal kata harga naik sebab penternak terpaksa menanggung harga dedak import yang naik sehingga 40 peratus. Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini tapi semua tempat,” katanya.

Sementara itu di PULAU PINANG, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), menggesa pihak berkuasa untuk segera campur tangan bagi menyelesaikan isu harga ayam yang melonjak, sejak mula bulan Ramadan.

Pegawai Pendidikan CAP N. V. Subbarow berkata, kenaikan harga itu membebankan semua pihak dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pengedar ayam terlibat.

“Sebelum ini ayam dijual pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi sekarang dijual pada harga RM9 hingga RM10 sekilogram, dengan alasan bahawa kenaikan harga makanan ternakan ayam dan perbelanjaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Di PERAK, KPDNHEP negeri mengeluarkan sebanyak 50 notis ke atas peniaga ayam, 23 notis kepada peniaga daging dan 36 notis kepada peniaga sayur-sayuran sejak Khamis lepas sehingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata kesemua peniaga tersebut disiasat dan sekiranya berlaku pencatutan, tindakan tegas di bawah perundangan akan diambil.

Abdul Yunus dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian mengenai isu kenaikan harga barang keperluan seperti ayam ketika bulan Ramadan ini.

Katanya, KPDNHEP akan terus memantau bekalan dan harga ayam serta barang keperluan lain di pasaran supaya pengguna dapat memperolehinya pada harga berpatutan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 1 Notis Dihantar Penganjur WMMY 2023 - Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad