web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


80.4 Peratus Pemandu Malaysia Mahu ‘Dash Cam’ Diwajibkan Dalam Kereta: MIROS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 12:09PM

Majoriti pemandu percaya bahawa dash cam menjadikan pemandu lebih berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Majoriti pemandu Malaysia menyokong pandangan bahawa kamera papan pemuka (dash cam) harus menjadi peranti wajib untuk kenderaan.

Hasil tinjauan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) baru-baru ini, didapati 80.4 peratus responden bersetuju bahawa dash cam perlu diwajibkan dipasang dalam kereta di seluruh negara.

Ia juga menyaksikan 83.6 peratus responden percaya bahawa dash cam menjadikan pemandu lebih berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya.

Manakala, 99.5 peratus pemandu menyokong penggunaan kamera itu sebagai alat untuk membuktikan sebarang kejadian kemalangan.

“Berdasarkan tinjauan, semakin jelas bahawa dash cam adalah alat mesti dimiliki pemandu walaupun tiada undang-undang yang melarang atau membenarkan penggunaannya pada masa ini,” kata Ketua Pusat Penyelidikan Kenderaan Komersial, Keselamatan dan Biomekanik MIROS, Aqbal Hafeez Ariffin.

Tinjauan itu dijalankan Aqbal bersama rakan penyelidiknya, Mohd Syazwan Solah awal tahun ini bagi mengukur tahap penerimaan pengguna berhubung dash cam dan memahami trend pemasangannya dalam kereta.

Penemuan utama tinjauan bertajuk ‘Keperluan Pemasangan Dash Cam Dalam Landskap Keselamatan Jalan Raya di Malaysia:Berdasarkan Penemuan Penyelidikan’ itu dibentangkan di Persidangan Pakar Kenderaan Moden anjuran bersama MIROS dan Cyber​Security Malaysia semalam.

“Ia penting dari perspektif keselamatan jalan raya. Bagi kami di MIROS, rakaman dash cam yang diedarkan di media sosial juga adalah sumber data untuk penyelidikan dan rujukan serta bukti untuk merekonstruksi semula kemalangan jalan raya,” kata Aqbal.

Beliau berkata, rakaman kemalangan yang terjadi atau hampir berlaku boleh membantu memberi gambaran sebenar mengenai kejadian, selain mengetahui kelajuan perjalanan kereta berdasarkan paparan masa dalam video.

Aqbal menambah, ia membolehkan rekonstruksi semula dibuat dalam penyiasatan forensik digital kenderaan dan membantu penyelidik menyusun bukti digital untuk aspek teknikal kes kemalangan jalan raya, bersama gambar dan video polis, kenyataan saksi, berita serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh pengendali lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ini membolehkan kita melihat persekitaran jalan raya dan faktor manusia,” katanya sambil menambah dash cam yang menawarkan resolusi berkualiti tinggi mampu dimiliki sejak beberapa tahun lalu.

Kajian awal membabitkan 300 responden itu juga menunjukkan bahawa mereka yang berumur 30 hingga 43 tahun adalah pengguna utama, dengan pemandu berusia 36 tahun sebagai pembeli terbesar alat itu.

Dianggarkan 37 juta pengguna dash cam di seluruh dunia dan saiz pasaran global untuk peranti sedemikian bernilai AS$2.8 bilion (RM13.28 bilion) dalam tempoh tiga tahun lalu.

“Berdasarkan penyelidikan kami, Asia ialah pasaran terbesar,” kata Aqbal.

Pada masa depan, beliau berpendapat, perbincangan lebih mendalam perlu diadakan antara penggiat industri insurans, kumpulan pengguna, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Daripada tinjauan itu, beliau berkata, sebanyak 81.8 peratus pemandu mahu syarikat insurans mengurangkan premium bagi pemasangan dash cam.

“Saya rasa kita perlu membincangkan sama ada peranti seperti itu digalakkan atau tidak serta tahap penerimaan industri insurans.

“Di Eropah, penyedia insurans menawarkan premium kurangkan dan pakej kompetitif bagi mereka yang memasang dash cam dalam kenderaan,” tambahnya.

Sementara itu, MIROS mengumumkan kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia untuk kad skor keselamatan dash cam atau penarafan CamScore.

“Setakat ini, 40 dash cam di pasaran sudah dinilai. Sebanyak tiga faktor diambil kira untuk fasa awal ini, iaitu ciri asas, ciri lanjutan dan ciri bantuan pemanduan susulan.

“Skor (daripada lima) yang diberikan akan membantu pengguna menilai apabila membeli dash cam,” kata pengurus projek Forensik Kenderaan yang juga Pengarah Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik MIROS, Zulhaidi Mohd Jawi – The Vibes, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas KP Miros Mengaku Tidak Bersalah Palsukan Dokumen

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Dasar Kerajaan Keluarga Malaysia Mengagumkan Tapi Perlu Tempoh Untuk Direalisasi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wajibkan Dashcam Setiap Kenderaan, Apa Kata Pakar?

4

Semasa 4 tahun yang lalu

5 Rentung, Lokasi Nahas Tidak Dikategorikan ‘Kawasan Hitam’ - MIROS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan