web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas KP Miros Mengaku Tidak Bersalah Palsukan Dokumen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 2:50PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan memalsukan dokumen sebut harga bagi beberapa kenderaan dalam ujian pelanggaran, enam tahun lalu.

Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim, 47, didakwa memalsukan dokumen sebut harga daripada beberapa syarikat bertujuan bagi pembekalan 16 kereta dari Thailand ke Makmal Ujian Perlanggaran MIROS di Bukit Katil, Ayer Keroh, Melaka, dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan untuk menipu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Taman Kajang Sentral, Kajang, dekat sini pada 24 Julai 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM20,000. 

“Tertuduh bersedia menyerahkan pasport kepada mahkamah dan lapor diri (di pejabat SPRM berdekatan). Selain itu, tertuduh memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM Putrajaya pada hari pertama bekerja pada setiap bulan.

“Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menghadiri setiap sebutan dan bicara kes tersebut serta dilarang berhubung dengan mana-mana saksi pendakwaan secara langsung dan tidak langsung.

“Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan mengakses mana-mana komputer dan dokumen di tempat kerja (MIROS),” katanya.

Mahkamah menetapkan 21 November untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

80.4 Peratus Pemandu Malaysia Mahu ‘Dash Cam’ Diwajibkan Dalam Kereta: MIROS

2

Semasa 4 tahun yang lalu

5 Rentung, Lokasi Nahas Tidak Dikategorikan ‘Kawasan Hitam’ - MIROS

3

Refleksi 4 tahun yang lalu

Topi Keledar: Gadai Nyawa Anak Demi Kesenangan Diri

4

Semasa 5 tahun yang lalu

Maut Menanti, Henti Guna ‘Dummy Buckle’ - MIROS

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad